Harga Tiket dan Waktu Operasi Drawbridge Terengganu | Sejak mula dibuka kepada umum pada Ogos 2019, kami sekeluarga masih belum berkesempatan menjejak kaki ke menara tinjau yang terdapat di drawbridge Terengganu. Meskipun telah beberapa kali menghabiskan masa di sekitar drawbridge, malahan turut menyertai Fun Run yang berlangsung di atas drawbridge, namun berada di dalam menara tinjau adalah sesuatu yang asing bagi kami.
Kebetulan sahabat lama suami datang ke Terengganu sempena cuti sekolah akhir tahun 2019 dan ingin ke menara tinjau, jadi suami turut busy body ingin turut serta. Tidak buang masa, kami bersiap untuk menaiki menara tinjau drawbridge, dan pada masa yang sama berjumpa kawan jauh suami yang sudah lama tidak ketemu.
Jadi alang-alang sudah melawat ke menara tinjau drawbridge, eloklah jika saya kongsikan maklumat tentang berapa harga tiket masuk serta waktu operasinya supaya senang dijadikan rujukan kawan-kawan pada masa akan datang.

Harga Tiket Menara Tinjau Drawbridge Terengganu
Harga tiket untuk naik ke menara tinjau adalah sebanyak RM5 untuk semua peringkat umur tidak kisah dewasa atau kanak-kanak. Harga ini merupakan harga promosi dan berkemungkinan akan berubah mengikut masa. Buat masa sekarang, harga tiket promosi masih berlangsung. Jadi bagi yang belum ke menara tinjau drawbridge Terengganu, cepatlah grab harga promosi ini sebelum harga dinaikkan nanti (dengar kata dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5).
Memandangkan menara tinjau terletak di atas drawbridge, jadi semua pelawat perlu memarkir kenderaan di kawasan lapang yang terdapat samada di bahagian bawah drawbridge atau di bahagian penghujung jalan drawbridge yang menghala ke Pantai Miami. Jika malas berjalan jauh, seeloknya kenderaan diparkir di bawah drawbridge yang terletak berdekatan pantai dan seterusnya boleh terus menaiki tangga yang disediakan untuk naik ke bahagian atas drawbridge
.

Menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Terengganu, drawbridge bukan sahaja menjadi lokasi tumpuan pelancong malah turut menjadi lokasi ideal untuk beriadah bersama keluarga. Kami juga jika tiada idea ingin menghabiskan masa di mana, memilih kawasan di sekitar drawbridge sebagai lokasi beristirehat. Bawa alas duduk dan buku, lalu habiskan masa berbual dan membaca atau mengambil gambar berlatar belakangkan drawbridge Terengganu bersama keluarga. Memang Instagram-worthy!
Menara tinjau drawbridge Terengganu beroperasi seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam pada setiap hari. Manakala pada hari Jumaat, operasi menara tinjau akan ditutup seketika pada jam 12.30 tengahari sehingga 2.30 petang sebagai menghormati waktu solat Jumaat.
Apa yang ada dalam menara tinjau drawbridge Terengganu? Sebenarnya tiada apa yang istimewa di dalam menara tinjau selain dapat melihat persekitaran pantai dan sebahagian bandar Kuala Terengganu yang sedang mengalami proses pembinaan pesat kerana bangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) sedang didirikan berhampiran drawbridge.
Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu bahawa sebahagian tanah rata yang sering kami jadikan lokasi riadah di drawbridge Terengganu bakal dimajukan menjadi Mini Dubai Terengganu. Pelbagai pembangunan dirancang akan dinaikkan antaranya pembinaan resort, taman tema, shopping mall serta hotel di kawasan tersebut. Biar betul?
Semua perkara ini saya dapat tahu semasa menaiki menara tinjau. Agak excited cuma tidak pasti samada kami berkesempatan atau tidak untuk melihat bangunan tersebut dibangunkan, mana tahu ajal terlebih dahulu menjemput kan. Walaubagaimanapun, kami agak teruja membayangkan Terengganu akan mempunyai taman temanya sendiri selepas ini. Yey!
Selain menikmati pemandangan dari puncak menara, terdapat pameran yang turut berlangsung di dalam menara tinjau drawbridge Terengganu. Kami berkesempatan melihat pameran lukisan dan barangan tradisional seperti tembaga, batik dan seni ukiran kayu dipamerkan. Pelawat juga boleh membeli bahan pameran sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.
Booth bergambar juga turut disediakan bagi pelawat yang ingin mengabadikan kenangan dalam bentuk gambar. Semua bahan pameran berada di tingkat tiga manakala pelawat yang ingin mengerjakan solat atau menjawab seruan alam boleh melakukannya di tingkat dua menara tinjau kerana terdapat surau dan tandas pada tingkat tersebut.
Kami berada di dalam menara tinjau drawbridge Terengganu dalam anggaran setengah jam sahaja kerana tiada apa yang boleh dilakukan di sana kecuali sight-seeing. Meskipun sekejap namun saya sudah tidak sabar membayangkan pembangunan yang bakal berlaku di sekitar kawasan drawbridge nanti. Pasti cantik, teruja betul!
Jadi, awak taknak melawat ke menara tinjau drawbridge Terengganu ke? Harga tiket dan waktu operasi telah saya kongsikan, harap awak berkesempatan untuk naik ke sana suatu hari nanti ye :)
Waktu Operasi Menara Tinjau Drawbridge Terengganu

Masih tiada penginapan bercuti? Dapatkan contact di sini >> Rumah Penginapan Terengganu. Nak makan malam di mana nanti? >> Makan Malam Sedap Terengganu. Atau nak menginap di tepi pantai? Banyak pilihan hotel di >> Hotel Tepi Pantai.
36 Ulasan
good sharing zarini..:)
BalasPadamThanks cik nor ku sayang..
Padamnext visit ke Terengganu hopefully dapat selit ke sini..
BalasPadamAamiin..
Padamgayat ke dok naik atas nung...
BalasPadamDok gayat pun, takdela tinggi mana. 3 tingkat je wak
PadamEhhh mestilah saya nak ;D lagi2 kalau akak yang belanja... hari ni jugak saya fly ke Terengganu hehehehe rindu nak gurau dengan akak je tu ;)
BalasPadam.
Heehee thank you for this information :) Cantik betul Ganu...
Eh, kalau hana nak datang, kecil tapak tangan nyiru akak tadahkan. Bila nak datang? Akak belanja naik..hihi
PadamHeeee :D inshaallah kalau Hana ada rezeki sambung study kat Ganu, Hana roger2 akak ya... ^_^
Padamassalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...
BalasPadamWaalaikumsalam..tak serikla awak. Sorry jugak tau dah jarang melawat. Tak sempat nak bw jugak sekarang..
PadamBt kenang kenangan
BalasPadamsebab tu sayang simpan kat sini :D
Padamlama dah ni tak jejak kaki ke terengganu
BalasPadamBalik Pahang nanti, boleh la alang2 singgah ganu ye..
Padamoh yeah betul gak. kebetulan ada kenduri. kalau smpt nak jugak singgah
Padamsebagai anak jati Terengganu, haruslah jejak kaki di menara tinjau ni nanti. Hopefully tak ramai orang lah nanti.
BalasPadamRasanya dah tak ramai mana compare dengan masa mula2 buka aritu. Tapi kalau weekend sesak jugakla kot..
PadamTak tau la Pula tempat ni. Kalau tak bole pegi masa mama ke tganu aritu
BalasPadamNext time boleh datang ganu lagi la kalau macam tu mama..
Padamwahhh.. menarik tempat ni :)
BalasPadamJom cuti2 ganu ejulz
Padamalahai... kampung saya.. rindu.. rumah saya dekat dgn drawbridge ni.. tapi oleh kerana duk selangor, makanya tak sempat naik bridge tower ni. cuma sempat lalu je..
BalasPadamEh, orang ganu jugak ye. Salam kenal hani :)
Padamteringin jugak nak pi tapi tak sempat bulan 12 tahun lepas. kena tunggu bulan 12 tahun ni pulak la. haha
BalasPadamUi..lama tu. Takpe2, drawbridge menanti umi di sini :D
PadamTeringin nak jejak ke sini suatu hari nanti. Seronok bila tengok drawbridge tu. Mesti cantik tengok pemandangan dari menara tu.
BalasPadamSemoga ada rezeki awak datang jejak kaki kat sini satu hari nanti ye..aamiin
PadamAda rezeki nak jugak trip ke Terengganu tahun ni. Ramai share pic kt sana. Cantik btol.
BalasPadamSemoga dimurahkan rezeki Ena sampai ke Terengganu tahun ni ye..aamiin
Padamnice share.. kalau bujang lagi ni mesti dah ride ke sana.. haahahaha
BalasPadamDah kahwin pun boleh ride lagi, cuma space kat belakang dah takde. Anak bini punya space gitu :D
Padamselalu nmpk kat fb jeeew.. huuuhu
BalasPadamHarapnya lepas ni wak boleh tengok real pulak kan. Aamiin..
PadamInshaAllah boleh masukkan drawbridge dalam list melawat terengganu nanti 😊
BalasPadamAamiin, semoga dapat jejakkan kaki di drawbride nanti ye :)
Padam