Tonton Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia di Terengganu


Saya sendiri pun terkejut apabila diberitahu oleh suami bahawa akan ada circus show dibuat di Terengganu dalam masa terdekat. Biar betul, tidak pernah dengar pula circus dibuat di Terengganu sebelum ini. Apatah lagi dalam pemerintahan sekarang, mustahil pula rasanya apabila dapat tahu Great British Circus Malaysia akan mengadakan show yang berkonsepkan Circus Extreme di Terengganu. Seriuslah!

Tonton Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia di Terengganu

Masih jelas di ingatan peristiwa tiga tahun yang lepas. Ketika itu saya masih lagi bekerja di Puchong dan tinggal berasingan daripada suami. Masih teringat saat saya dan colleague terlihat banner circus show di IOI City Mall Puchong, terus kami buat perancangan untuk menyaksikan show tersebut. Namun apakan daya, kekangan waktu menyebabkan kami tidak berkesempatan merealisasikan impian itu. Sudahlah kami berdua belum pernah menonton mana-mana persembahan circus sebelum ini. Tiada rezeki lah katakan..


Masa berlalu dan saya telah menetap di Terengganu. Langsung tidak terlintas di fikiran yang saya masih berpeluang untuk menyaksikan circus show seperti yang dirancang pada tiga tahun lepas. Mengapa tidak? Rupa-rupanya Great British Circus Malaysia kini sedang berada di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak untuk menceriakan masyarakat setempat dengan kehebatan persembahan Circus Extreme mereka! Kami pun apa lagi, book tiket jugalah untuk menonton sama.


Great British Circus Malaysia di Terengganu


Mungkin ada yang tertanya, bagaimana Circus Extreme Show ini boleh diajurkan di Terengganu memandangkan negeri Terengganu di bawah pemerintahan PAS yang lebih islamik, pasti sukar membenarkan persembahan seperti circus diadakan di Terengganu atas dasar pemakaian mereka. Untuk makluman, kesemua ahli yang terlibat dalam menjayakan persembahan circus ini hanya terdiri daripada golongan lelaki sahaja dan aksi yang dipersembahkan juga adalah tidak keterlaluan.


Jadi ibu bapa boleh bawa anak kecil untuk turut sama menyaksikan persembahan Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia ini. Paling tidak, ibu bapa dapat memperkenalkan anak-anak dengan aktiviti yang sering dilakukan oleh orang Inggeris pada zaman dahulu di saat teknologi seperti tv masih belum tercipta. Selain itu, meluangkan masa bersama keluarga sambil menikmati persembahan circus yang luar biasa seperti ini pasti akan menjadi kenangan teristimewa dalam hidup anak-anak.

Tonton Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia di Terengganu
Tonton Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia di Terengganu

Diadakan selama hampir sebulan iaitu bermula 5 hingga 28 Oktober 2019 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Terengganu, Circus Extreme ini dianjurkan pada setiap hari kecuali Khamis. Pengunjung boleh memilih untuk hadir samada pada sesi petang bermula jam 5.30pm atau sesi malam bermula jam 8.30pm pada setiap hujung minggu manakala hanya satu sesi dibuka pada hari bekerja iaitu pada jam 8.30pm.


Review : Tonton Circus Extreme Boleh Buat Sakit Jantung!


Sakit jantung! Itu ayat yang paling sesuai apabila menonton persembahan Circus Extreme ini. Saya yang berada di seat hadapan asyik menjerit ketakutan sambil memegang kepala melihat persembahan mereka. Patutlah dinamakan sebagai Circus Extreme, aksi ahli circus membuat persembahan seolah-olah stuntman sedang buat aksi lagak ngeri pula. Jom layan sedikit aksi yang dipersembahkan dalam video di bawah:


Melihat persembahan ahli circus melakukan lompatan tali skipping sambil berjalan di atas gelung besi yang sedang berpusing di udara, benar-benar mendebarkan saya dan suami. Selain itu, persembahan ahli circus di atas titian tali yang diikat hampir mencapai ketinggian bumbung atap sambil menaiki basikal dengan mata bertutup juga sangat membimbangkan. Bimbang mereka terjatuh, pasti kecederaan parah dan kritikal jadinya. Namun nasib baik, langkah precaution telah dilakukan sepanjang persembahan berjalan.

Tonton Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia di Terengganu
Tonton Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia di Terengganu

Persembahan yang dilakukan bukan sahaja menimbulkan rasa suspense dan bimbang, malah juga turut diselangi dengan persembahan lawak. Badut circus berjaya menghiburkan kami dengan telatahnya yang melucukan dan bersahaja. Beberapa orang penonton juga turut ditarik ke atas pentas oleh badut untuk menyerikan lagi persembahan mereka. Tidak kering gusi kakak ketawa melihat aksi kelakar badut sambil bertepuk tangan.


Selain itu, penonton juga turut dihiburkan dengan aksi perlahan. Saya tenggelam dalam keasyikan melihat superman melakukan aksi persembahan akrobat di atas udara. Aksi lanun melakukan persembahan memusingkan kotak juga agak menarik ditonton. Tidak lupa juga kelembutan badan ahli circus melakukan pusingan mengikut gerakan gelung besi juga amat menarik perhatian saya. Nampak sangat lembut dan lentur badan mereka namun yang pasti sukar dilakukan oleh saya.

Tonton Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia di Terengganu
Tonton Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia di Terengganu

Aksi yang dipersembahkan oleh ahli circus ini adalah merbahaya dan tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak di rumah. Hanya mereka yang berpengalaman dan dilatih dengan secukupnya sahaja yang boleh melakukan aksi sebegitu. Saya yang melihat sahaja sudah merasa cemas apatah lagi jika saya melakukan aksi tersebut, boleh pengsan agaknya. Sesekali menonton persembahan circus seperti ini boleh meninggalkan memori berpanjangan buat anak-anak kerana lain daripada yang lain. Sangat menghiburkan!


Selingan waktu rehat juga diberikan kepada penonton yang ingin bergambar bersama maskot Master Inc iaitu James dan Mike. Selain itu, jualan makanan dan minuman ringan juga turut disediakan buat pengunjung yang ingin mengalas perut sambil menonton persembahan. Buat anak-anak yang ingin bermain pula, boleh dapatkan toys bewarna-warni yang turut dijual pada harga berpatutan.


Persembahan Terbaik oleh Great British Circus Malaysia


Apa yang boleh saya katakan selepas menyaksikan persembahan Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia adalah ia merupakan persembahan yang menghiburkan! Pengalaman baru buat  kami yang tidak pernah menonton mana-mana persembahan circus sebelum ini dan kami amat berpuas hati dengan aksi yang dipertontonkan kepada pengunjung. Semua perasaan bercampur baur termasuklah suspense, lawak, kagum, scary dan banyak lagi rasa yang datang. Memang terbaik!

Tonton Circus Extreme oleh Great British Circus Malaysia di Terengganu

Bagi ibu bapa yang berada di sekitar Terengganu dan mempunyai anak kecil, apa kata bawa anak-anak datang menyaksikan circus show ini. Pengalaman ini tidak selalu ada kerana ini adalah julung-julung kalinya persembahan circus dianjurkan di Terengganu. Jangan lepaskan peluang ini untuk melakukan aktiviti bersama keluarga dalam suasana yang serba baru dan luar biasa. Pasti kenangan ini akan terukir di minda anak-anak dalam tempoh yang panjang.


Jadi, jom sama-sama pergi tonton Circus Extreme di Perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu yang dianjurkan oleh Great British Circus Malaysia pada hujung minggu ini? Untuk sebarang maklumat mengenai harga tiket dan jadual, boleh ke laman sosial media mereka seperti di bawah:

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. best nya dapat tgk circus... tak ada aksi yg seksi kan? hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tu fikir dulu sebelum pi tengok wak, seksi tak. Haha..bahaya bawak anak kecik ni, nasib baik semua menutup aurat siap minah saleh pun pakai tudung :D

      Padam
  2. sarkas yang melibatkan haiwan saya lebih suka..

    tapi kesian juga haiwan tersebut jadi bahan hiburan kepada manusia seperti saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun fikir macam tu. Kalau ada singa mesti wow sangat tapi bila fikir kesian kena pukul nak train, better guna manusia je la...

      Padam
  3. seronok nampaknya. dulu time sek rendah ada pegi circus skali.
    lepas tu x penah pi dah. yang paling tingat part ada kete n motor dalam gelung besi. seram tapi seronok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kitorang tak enjoy sangat yang tu, pasal sakit telinga la bising press motor tu kuat2..haha

      Padam
  4. teringin nak tgk live circus ni

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail