Bantal Hotel Berkualiti Das Abdul Global (DAG) | Cuba lihat kondisi bantal yang ada di rumah sekarang. Adakah masih dalam keadaan yang elok seperti masa mula membelinya atau telah menjadi semakin nipis dan keras? Tahukah awak bahawa bantal yang digunakan di rumah juga mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri.
Jangka hayat bantal bergantung kepada jenis material yang digunakan. Kebiasaannya bantal dengan material polyester, ketahanannya hanyalah selama dua tahun sahaja. Berbeza dengan material jenis berbulu, ianya mampu bertahan di antara 5 hingga 10 tahun.
Bagaimana caranya untuk mengetahui samada telah tiba masanya untuk menukar bantal atau tidak? Sekiranya kita tidak lagi mendapat tidur yang lena akibat bantal yang semakin nipis dan mengeras, ini merupakan petanda bahawa bantal tersebut telah mencapai maksimum jangka hayatnya.
Ingin beli bantal yang baru namun masih tidak tahu bantal yang terbaik? Pilih bantal hotel berkualiti oleh DAG oleh Das Abdul Global Sdn Bhd untuk tidur yang lebih lena!
Bantal DAG Terbaik dan Berkualiti
Rahsia untuk mendapat tidur yang lena adalah dengan menggunakan bantal yang empuk dan selesa. Bantal yang berkualiti mampu memberi kesan yang menakjubkan pada tubuh badan setelah penat seharian melakukan aktiviti luar. Memilih bantal terbaik merupakan pelaburan yang tidak boleh dipandang mudah, ia tugas penting.
Pastikan pelaburan kita berbaloi, jadi jom beli bantal hotel berkualiti Das Abdul Global (DAG) untuk tidur lebih lena!
Merupakan antara jenama bantal bertaraf hotel yang terbaik di Malaysia, bantal DAG telah berjaya menambat hati ramai penggunanya. Menggunakan tagline "ingat DAG, ingat bantal hotel", bantal DAG telah diperkenalkan pada tahun 2016 dengan visi untuk menjadi jenama nombor satu di Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel bertaraf antarabangsa.
Demi mencapai visi tersebut, pelbagai pilihan bantal DAG telah dihasilkan oleh Das Abdul Global Sdn Bhd demi untuk memastikan setiap masalah pelanggan yang berbeza mendapat penyelesaian yang bersesuaian. Itulah sebabnya mengapa kebanyakan pengguna bantal hotel berkualiti Das Abdul Global (DAG) mendapat tidur yang lena sekaligus membuat repeat order setelah pertama kali mencubanya.
Kelebihan Bantal DAG
A good pillow is key to a good night's sleep. Everyone must choose a right pillow for a better sleep cause good pillow is as important as having a comfortable, supportive mattress for a good night's sleep
Setiap satu bantal DAG yang dihasilkan oleh Das Abdul Global Sdn Bhd mempunyai kelebihannya tersendiri. Kelebihan inilah yang membezakan bantal DAG dengan bantal jenama yang lain. Oleh sebab itu, sebelum mula membeli, pastikan kenalpasti terlebih dahulu ciri bagaimanakah yang ingin kita ada pada bantal yang dilabur. Ingin tidur lena, haruslah pilih bantal hotel berkualiti Das Abdul Global (DAG).
Material
Untuk memastikan setiap masalah pelanggan mendapat penyelesaian bersesuaian, setiap bantal DAG dihasilkan dengan material berbeza dan komposisi campuran tertentu. Tidak hairanlah mengapa setiap bantal DAG mempunyai namanya masing-masing. Antara bantal DAG yang sering menjadi pilihan adalah :
- Bantal H-Classic - Bersifat anti alergik dan tidak berdebu. Sesuai digunakan oleh mereka yang menghidap asma. Diperbuat daripada polyester (fiber).
- Bantal Polyester Helix DAG (PHD) - Bersifat anti alergik dan tidak berdebu. Padat dan mampat, sesuai untuk mereka yang gemar bantal tinggi serta menghidap asma. Diperbuat daripada polyester (helix).
- Bantal Microfiber - Super lembut, selesa dan anti alergik. Boleh dipelbagai guna dan anjal. Bersifat anti mites kerana mempunyai ruang udara.
- Bantal LC - Direka untuk kanak-kanak, mudah dibawa dan ringan. Tidak memerangkap habuk dan lembapan. Diperbuat daripada 60% microfiber.
- Bantal Kapok (Organik) - Bantal organik bersifat eco-friendly, tiada toksik dan kimia.
Harga
Menawarkan harga bermula serendah RM35 untuk bantal bertaraf hotel yang gebu dan empuk, harga bantal DAG adalah mampu milik dan berpatutan. Bagi pelaburan jangka masa panjang, harga yang dilaburkan untuk bantal DAG bagi mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti seumpama di hotel bertaraf lima bintang adalah amat berpatutan. Pelanggan pasti tidur lena dengan bantal hotel berkualiti oleh Das Abdul Global (DAG) kerana kemampatan materialnya, lembut serta kegebuannya.
Selain memberi keselesaan sewaktu tidur, bantal DAG juga boleh dibasuh dan sesetengahnya bersifat anti alergik. Jadi, kita bukan bayar hanya untuk keselesaan bantal, malahan untuk kebersihan dan pencegahan debu serta peluh pada bantal!
Servis
Selain menawarkan bantal yang berkualiti tinggi, servis yang diberikan oleh team jualan juga adalah terbaik! Mempunyai team jualan di seluruh Malaysia, servis yang diberikan adalah pantas dan mesra pelanggan. Saya sendiri telah menerima servis yang super pantas dan berinformatif daripada salah seorang team jualan yang berada di sekitar tempat tinggal saya.
Apa lagi yang awak inginkan? Bantal gebu bertaraf hotel lima bintang yang empuk dan selesa pada harga berpatutan, ditambah dengan servis yang terbaik oleh team jualan serta bantal boleh basuh yang bersifat anti alergik. Ternyata bantal DAG adalah antara bantal hotel terbaik di Malaysia!
Bagaimana Mendapatkan Bantal DAG?
Mudah sahaja! Ini adalah cara yang saya lakukan untuk mendapatkan bantal DAG. Ikut sahaja step di bawah :
- Klik link ini >> Das Abdul Global (DAG)
- Klik bahagian Reseller
- Klik pada negeri yang anda ingin penghantaran dilakukan
- Pilih lokasi tempat tinggal dan klik pada nama jurujual (akan dibawa terus ke Whatsapp jurujual, jadi boleh terus buat urusan jual beli)
Jika masih tidak yakin untuk membeli bantal DAG dan membelanjakan sedikit wang untuk keselesaan sendiri, tidak mengapa. Sila ambil masa, namun sementara itu, apa kata lihat lebih banyak maklumat lanjut mengenai bantal DAG serta testimoni daripada pelanggan di laman media sosial mereka seperti di bawah :
Facebook : Das Abdul Global (DAG)
Instagram : Das Abdul Global (DAG)
Saya sendiri telah mendapatkan bantal DAG demi untuk keselesaan tidur yang optimum kerana kekangan waktu tidur sebagai seorang blogger menuntut saya mendapatkan tidur yang selesa dan berkualiti. Ternyata segala info yang telah diwar-warkan di laman web Das Abdul Global terbukti benar.
Saya kini dapat tidur lebih lena dengan bantal hotel berkualiti oleh Das Abdul Global, terima kasih bantal DAG!
12 Ulasan
kena cari produk ni
BalasPadamTry pi check kat website tu wak, lepastu boleh cari seller dalam negeri terus untuk cod
PadamTak pasti pernah dengar atau tidak. Tetapi bagi LeYa dengan harga dan kualiti yang ditunjukkan, sangatlah berbaloi memiliki bantal ni. Tidur yang lena di malam hari memberi keceriaan untuk hari esoknya..
BalasPadamSetuju! Nak2 kalau tidur pun dah terasa macam kat hotel, apa salahnya buat sikit pelaburan untuk keselesaan sendiri kan..
PadamFuh nyaman tidur. ~ Lena nyenyak. Memang selalu nampak iklan bantal ni di billboard tepi highway. kena cuba >.<
BalasPadamSaya beli sebiji ni pun sebab nak cuba, padanla banyak iklan..memang produk berkualiti, gebu gebass..
Padamkalau ada rezeki nk rembat sebiji mggu dpn sbb ada event...boleh jumpa founder dia sekali lg ;-)
BalasPadamOh, dah jumpa founder dia ye. Ha, wajib beli sebiji la bantal DAG camtu wak..
Padamsebelum ini saya pernah beli bantal berharga RM50..
BalasPadamterlalu empuk sehingga tidur terlalu nyenyak..
rasanya bantar DAG ini lebih baik dan berbaloi untuk dimiliki
Terlalu empuk pun tak boleh ye tuan? Payah jugak ye..tak terfikir pula :D
PadamDapat bantal leyna ni memang lena lah tidur jawabnya.
BalasPadamAwak, ni bantal DAS..huhu
Padam