Di manakah tempat makan menarik yang wajib cuba sekiranya ke Terengganu? Selain boleh bersarapan pagi di kedai >> Nasi Dagang Atas Tol atau menikmati makan malam di >> Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai, mungkin awak juga boleh menikmati hidangan tengahari dengan lauk kari kepala ikan yang sedap dan umphh di kedai makan Warung Santai D'River.
Terletak jauh ke kawasan pedalaman Hulu Terengganu atau lokasi lebih tepatnya di Kuala Berang, kami memerlukan bantuan waze untuk sampai ke sini kerana terletak di hujung jalan bersebelahan sungai. Jadi, sambil makan kami boleh menikmati pemandangan sungai yang tenang dan mendamaikan sambil ditemani bunyi unggas dan sesekali diselangi bunyi kenderaan.
Memandangkan saya ke kedai makan Warung Santai D'River pada bulan Ramadhan yang lalu, jadi kami terus membuat tempahan meja untuk empat orang bagi membolehkan kami iftar di sana. Kami turut mengambil set berbuka yang ditawarkan dengan menu utamanya adalah kari kepala ikan serta beberapa menu sampingan yang lain.
Sebaik tiba di Warung Santai D'River, sudah kelihatan beberapa orang pelanggan bergambar di tepi sungai dan beberapa kumpulan rider berbual di bangku yang disediakan. Kami agak terkejut melihat saiz kepala ikan yang dihidangkan. Super besar dengan saiz kepala ikannya adalah lebih besar daripada saiz tangan suami saya!
Kuah kari kepala ikannya tidak terlalu pekat namun tidak pula terlalu cair. Sedang-sedang sahaja namun bagi saya yang bukan merupakan peminat tegar kari, kuah sebegini adalah sudah cukup menyelerakan. Isi kepala ikannya pula fresh dan manis. Sedap sekali apabila digandingkan bersama kuah karinya yang cukup masin dan rasa.
Untuk set berbuka yang ditempah, hidangan kami termasuklah air minuman sebanyak 4 gelas beserta 4 pinggan nasi putih dengan menu sepinggan telur dadar, kobis goreng, ayam masak merah, kari kepala ikan disertai dengan tambahan buah tembikai, kurma, sambal belacan dan ulaman, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar hanyalah RM64 sahaja! Berpatutan bukan?
Saya turut membawa bersama solok lada hasil air tangan emak tercinta sebagai tambahan juadah berbuka puasa. Jika difikir secara logik, isi pada bahagian kepala ikan tentulah tidak seberapa kerana tulang di bahagian kepalanya adalah lebih banyak. Namun kami sendiri tidak menyangka bahawa isinya sangat banyak sehinggakan kami tidak mampu untuk menghabiskan kesemua isi yang terdapat pada bahagian kepala tersebut.
Jadi untuk mengelakkan pembaziran, kami tapau lebihan kari kepala ikan yang tidak habis dimakan untuk dijadikan juadah ketika bersahur pula. Tersandar kekenyangan kami selepas makan namun kerana lokasi kedai yang terletak hampir 45 minit daripada rumah, terpaksa pula berkejar pulang untuk menunaikan solat fardhu Maghrib.
Kami berpuas hati dengan hidangan di Warung Santai D'River terutama hidangan utamanya kari kepala ikan yang sedap dan menyelerakan. Bonus point pula apabila hidangan ayam masak merah juga cukup rasa ditambah dengan pemandangan yang mendamaikan. Cuma masalah nyamuk yang hinggap di kaki ketika makan agak mengganggu. Terasa ingin sahaja saya spray satu kedai supaya tiada gangguan dari si penghisap darah pada ketika itu.
Warung Santai D'River mula beroperasi seawal jam 12 tengahari sehingga 7 malam. Jadi jika ingin kelainan, apa kata cuba hidangan kari kepala ikan di tempat makan menarik Terengganu ini.
19 Ulasan
Sedap plak SA tengok kari kepala ikan tu ha..tengah pantang makanan pedas ni mampu tengok dan baca jer la dulu...sabar la duhai perut..lagi 2 bulan je lagi...
BalasPadamKenapa kak SA tengah berpantang? Tak tau cerita pulak ni..
Padamalhamdulillah...
BalasPadamsaya bersyukur kerana mampu tengok makanan yang sedap-sedap..
tengok makanan pun nikmat ..
hehehehe
Alhamdulillah..semoga lepas ni ada rezeki tuan pulak makan sedap2. Tapi jangan lupa share tau :P
Padamarghhh sedapnyaaaa.... tp knape jauh sgttttt
BalasPadamTak jauh pun anies, naik flight sejam dah sampai ni :P
Padambiasa dalam bab makan-makan nie jarang saya share..
Padamtak tahu sebab apa..mungkin kerana low profile kot
kalau sy ada private jet dah lama sy terbang ke sn hehehe
Padamsedapnyaa makan and dah lama tak p terengganu huhu
BalasPadamMaksudnya nak kena datang Terengganu lagi la tu wak..maila..
PadamNampak menyelerakan kari kepala ikan tu.
BalasPadamSedap kat tekak saya wak kari kepala ikan tu..
Padamsedappnyaaaa
BalasPadamAkak tengok balik pun terliur ni...
Padammengancam betul kepala ikannya.. hehehe
BalasPadamRasa dia lagi mengancam Sha, manis-manis je sebab segar..urmm
Padamsaya suka masak tapi suka pula lihat bila ada menu makanan di blog lepas itu nak try pula kat rumah
BalasPadamSaya cuba komen di blog awak tapi tak dapat la, tengok masakan awak..ya Allah, semua nampak sedap..
Padampenah makan skali disini masa duduk sana sekejap last year..
BalasPadamtapi x makan kari kepala ikan dia.. alamak !! awatla x try masa tu..