Resepi Ramadhan yang Sedap dan Mudah dari Ayam Brand™


Ayam Brand™, terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet telah menghasilkan lapan resepi menarik, termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai. Selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, ia juga seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat.


Donburi sardin yang mudah dan sedap bersama nasi lemak hanya menggunakan enam ramuan untuk dihasilkan. Anda hanya perlu memasak nasi dengan santan Ayam Brand ™, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand ™ di dalam minyak zaitun. Hidangan anda kini telah sedia untuk dimakan.

Resepi Ramadhan yang Sedap dan Mudah dari Ayam Brand™

Anda pasti tidak puas makan sebiji bebola nasi perang tuna. Sediakan pada malam sebelumnya dan letakkan di dalam peti sejuk. Masukkan ke dalam oven untuk mencairkan keju dan buatkan bahagian luarnya garing. Anda perlu bakar dan jangan digoreng. Ia sedia untuk dimakan dalam masa hanya 10 minit.

Resepi Ramadhan yang Sedap dan Mudah dari Ayam Brand™

Membuat Kek Ikan Thai mungkin kedengaran sukar, tetapi Ayam Brand ™ menjadikannya lebih mudah. Kisar semua ramuan seperti Ayam Brand™ Tuna di dalam air dan santan sehingga pekat, masukkan daun bawang dan ketumbar, kemudian buat bentuk bujur dan masukkan ke dalam peti ais.  Selepas siap, layurkan dengan minyak masak kelapa Ayam Brand™.

Resepi Ramadhan yang Sedap dan Mudah dari Ayam Brand™

Udang Masak Kunyit ialah masakan yang menjadi kegemaran kebanyakan keluarga di Malaysia. Versi Ayam Brand dihasilkan dengan menggorengnya bersama rempah-ratus, pada masa yang sama mengekalkan rasanya yang sedap berkrim. Hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk disediakan dan boleh hidangkan bersama nasi atau roti pita.


Roti Jala dengan Sardin akan memberikan rasa sedap sebagai sebahagian daripada hidangan Hari Raya anda. Manakala Coconut Cornflake Cookie dan Kuih Talam pula pasti memuaskan hati mereka yang gemarkan makanan manis.

Resepi Ramadhan yang Sedap dan Mudah dari Ayam Brand™

Bagi puding roti dan keju tradisonal sempena Ramadan dan Raya pula, apa kata ubah resepi itu dengan Ayam Brand™ Coconut Milk dan kurma? Boleh disediakan dan dibakar dalam masa 25 minit, ia sangat enak apabila dihidangkan bersama ais krim atau sos coklat. 


Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resepi Ramadan dan Hari Raya.


Mengenai Ayam Brand



Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 126 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi, tiada bahan pengawet, tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang  mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001)  serta disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta menjadi antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat  Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.


Layari pautan www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. kena ada kat dapur ni buat stand by... tetamu nak datang kadang tak leh nak jangka.. sedap pulak tengok cadangan menu tuhh.. tak pernha buat lagi

    BalasPadam
  2. puasa ni memang cari sungguh stok macam ni senang sikit, less hassle sikit kat dapur heheh.. nampak sedap tu rini masak

    BalasPadam
  3. org bandar sukalah santan kotak ni. mama sy mmg x pandang laa... bauh kelapa melambak2 katanya hahahaa

    BalasPadam
  4. Wahh sedap. Kita mmg byk pun pakai ayam brand di rumah ni. Mmg family dh guna turun temurun. Terutama santan dan sardin dia

    BalasPadam
  5. Syaza pun suka jenama Ayam Brand! :)

    BalasPadam
  6. Favourite brand.. senang ada santan kotak ni nak masak menu bersantan tak perlu susah dah

    BalasPadam
  7. tengok time puasa ni mmg gugat iman

    BalasPadam
  8. udang masak kunyit memang fav!! wajib masak bulan puasa

    BalasPadam
  9. Akak memang sentiasa ada stok santan Ayam Brand ni kat rumah. Senang...

    BalasPadam
  10. Akak suka guna produk Ayam Brand...sedap dan mudah

    BalasPadam
  11. Waah ini berarti praktis sekali ya, kak.
    Tinggal dimasak tanpa perlu meracik bumbu terlebih dahulu.

    Masakan seenak ini, akupun tak akan cukup hanya makan sekali ..
    Tambah lagi dan lagi 😁

    BalasPadam
  12. lezat sekali keliatannya kak..
    masaknya praktis pula

    BalasPadam
  13. Suka guna santan Ayam Brand ni. Masakan kita jadi lemak berkrim. Sedap jgn cakap lah.

    BalasPadam
  14. Santan kotak tu mesti ada kat rumah. Bila nak masak senang potong je kotak. Tengok makanan tu pun dah buat kecur liur.

    BalasPadam
  15. Banyaknya resepi! Kualiti produk Ayam Brand mmg dipercayai ramai. Sejak timbul isu ulat dlm sardin tin, akak x beli brand lain lg.

    BalasPadam
  16. Roti jala sardin tu mengancam..
    Rumah sha wajib ada santan kotak ayam brand.. senang nak masak..

    BalasPadam
  17. Wow sangat praktis tanpa harus meracik bumbu dan hasilnya pun terlihat nikmat.

    BalasPadam
  18. Selamat merajinkan diri masuk dapur!! kalau masak lebih tak habis,Hana sedia hulur pinggan :P
    .
    Good Luck untuk hari2 terakhir puasa!! :)

    BalasPadam
  19. siapa x kenal ayam brand.. bak kata orang, dalam ikan, luar ayam.. hehehe

    BalasPadam
  20. tengok gambar pun sudah menyelerakan...

    apa lagi kalau dirasa ..

    kan

    BalasPadam
  21. Udang masak kunyitnya kelihatan lezat ya :D

    Salam dari Indonesia :D

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail