Adrenalin saya mengalir pantas apabila mendapat tahu Avillion Hotel Group bakal membuka dan menguruskan sebuah hotel baharu di Pulau Pangkor, Perak tidak lama lagi. Sudah tentu Avillion Pangkor Beach Resort bakal menjadi tarikan terbaru di bawah Avillion Hotel Group buat kebanyakan pelancong di Pulau Pangkor nanti.
Mengapa tidak? Pengalaman pertama kali menginap di >> Avillion Hotel Cameron Highlands menyebabkan saya teruja untuk menikmati percutian seterusnya di Avillion Pangkor Beach Resort pula, yang pastinya tentu menyeronokkan dan ekslusif!
Pusat Aktiviti Pelancong
Bakal menyediakan 65 bilik bersifat kontemporari, Avillion Pangkor Beach Resort pasti akan lebih bergaya dan mempersonakan kerana terletak di antara pesisiran Pantai Pasir Bogak dan hutan Tortoise Hill. Pelancong bebas membuat pilihan samada ingin ke pantai untuk berenang dan island hopping atau ke Tortoise Hill untuk hiking, jadi lebih banyak pilihan dan aktiviti selain menikmati pengalaman bermalam di Avillion Pangkor Beach Resort yang pastinya mempesonakan.
Selain itu, pemanduan selama satu minit secara santai menaiki kenderaan ke Hutan Simpan Pangkor Selatan Dutch Fort membolehkan pelancong melawat ke tapak bersejarah tinggalan Belanda yang masih berdiri kukuh di Pulau Pangkor. Di sepanjang pesisir pantai, pelancong boleh menjalankan pelbagai aktiviti sukan laut ditemani kehadiran nelayan yang mencari rezeki di laut dalam.
Avillion Pangkor Beach Resort Resort Terbaru di bawah Avillion Hotel Group
Disebabkan Avillion Hotel Group mendapat banyak permintaan daripada pemilik hotel yang ingin membina hotel lebih kecil yang bersifat kontemporari namun mampu memberi keselesaan maksimum kepada tetamunya, maka konsep pengkhususan Avi Hotel dan Resort diwujudkan.
Itulah sebabnya mengapa Avillion Hotel Group Sdn Bhd menandatangani perjanjian pengurusan dengan R & R Sky Group pada akhir bulan April yang lalu untuk membuka dan mengurus sebuah Avi resort di destinasi percutian popular Malaysia, iaitu di Pulau Pangkor.
Itulah sebabnya mengapa Avillion Hotel Group Sdn Bhd menandatangani perjanjian pengurusan dengan R & R Sky Group pada akhir bulan April yang lalu untuk membuka dan mengurus sebuah Avi resort di destinasi percutian popular Malaysia, iaitu di Pulau Pangkor.
Dijangka mula dibuka dan beroperasi pada suku ketiga 2019, Avillion Pangkor Beach Resort ini bakal menjadi tarikan terbaru di Pulau Pangkor dan merupakan Avi Hotel yang kedua di Malaysia.
Pengarah Urusan Kumpulan Avillion Berhad iaitu Encik Lihat Ah Sing memberi jaminan keselesaan dan kemudahan penginapan pada kadar harga berpatutan kepada para tetamunya. Avillion bercita-cita untuk menjadi peneraju serantau dalam industri perhotelan.
Tambahan pula Pulau Pangkor telah diwartakan sebagai zon bebas cukai bermula pada 1 Januari 2020, jadi Pulau Pangkor tentu akan menjadi destinasi percutian bagi para pelancong asing dan dalam negara kerana status bebas cukai serta promosi pemasaran yang kukuh oleh Lembaga Pelancongan Perak untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri tersebut.
Avillion Experience
Saya juga pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bercuti ke Pulau Pangkor selepas ini kerana kami tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana. Lebih-lebih lagi, selepas pelancaran Avillion Pangkor Beach Resort nanti, tentu akan memudahkan kami untuk bercuti di hotel pilihan yang pastinya cantik dan menarik!
Avillion Hotel Group sentiasa berusaha menambah hartanah dan jenama Avillion serta memperluaskan Avillion Experience ke destinasi baru. Dari apa yang saya tahu, selain Avillion Hotel Cameron Highlands, Avillion juga mempunyai hotel di beberapa buah negeri yang lain seperti Port Dickson, Melaka dan Bali.
Semoga Avillion Experience saya akan turut bertambah dengan penambahan jenama Avillion ini nanti. Nampak gaya kena pujuk encik suami dengan lebih aktiflah lepas ini untuk bercuti di Avillion Pangkor Beach Resort pula. Avillion Pangkor Beach Resot pasti menjadi tarikan terbaru di bawah Avillion Hotel Group!
Semoga Avillion Experience saya akan turut bertambah dengan penambahan jenama Avillion ini nanti. Nampak gaya kena pujuk encik suami dengan lebih aktiflah lepas ini untuk bercuti di Avillion Pangkor Beach Resort pula. Avillion Pangkor Beach Resot pasti menjadi tarikan terbaru di bawah Avillion Hotel Group!
20 Ulasan
ada rezeki nk menginap kt sini jugalah sbb avilion kt melaka dah penah rasa ;-)
BalasPadamCantik sangat ni hotel...bila bila boleh lah cuba nginap sini
BalasPadamserius nampak cantik,hotel baru avillion ni. Ana pernah stay yang kat PD. pun best juga. next boleh plan ke sini pula.
BalasPadamcantik tempat ni :)
BalasPadamluasnya..
BalasPadamcantiknya resort ni..nampak ceria dan ekslusif!
BalasPadamMakin meluas perniagaan hotel Avillion. Tapi mmg serius cantik sangat.. nampak fresh je design bilik dorg nie..
BalasPadamsangat menarik dan rasa tertarik..
BalasPadamallahuu cantiknyaaa resort diaa 😍😍😍
BalasPadammenarik&tertarik
BalasPadamnak cuba bermalam kat sini la
Wuaah ..
BalasPadamClean banget interiornya ..
Bikin nyaman dimata dan juga buat bermalam.
pulau pangkor pernah saya lawati ketika zaman bujang dulu..
BalasPadamsekarang kembali single dan teringin pulak nak melawat sekali lagi ke pulau pangkor.
kalau boleh ke Avilion ..
nampak sangat cantik dan memukau mata memandang
Makin maju lah pulau pangkor ada hotel ni nanti. Lawa teruk design tu
BalasPadamNampak mewah resortnya.
BalasPadambagus tempatnya, dan bersih xixixi :D
BalasPadamTak lama dah nak siap Avillion Pangkor ni...cantikkk
BalasPadamSel Sanya bilik dia.. cantik hotel Ni.. luas Dan Ada kelas
BalasPadamkalau ikut plan tuu cantik sangat tuhhh....nanti siap boleh laa bercuti ke sini pulak..best2
BalasPadamCantik betul hiasan dalaman dia.. boleh masuk dalam carta to go nie..
BalasPadamNampak cantik juga hotelnya berkonsep moden.
BalasPadam