Homestay di Pantai Penarik Terengganu : Allur Galley Suite Tawar Pakej Berpatutan


Sebagai anak jati Terengganu, pantai dan kami berpisah tiada. Setiap kali ada kelapangan, kami akan ke pantai berdekatan untuk bermain di gigi air dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Jika suami tidak bekerja, beliau akan bawa kami ke pantai yang agak jauh sedikit dari rumah seperti ke Pantai Pandak, Pantai Pulau Kekabu atau Pantai Penarik untuk menghabiskan masa bersama.




Homestay di Pantai Penarik Terengganu : Allur Galley Suite Tawar Pakej Berpatutan

Kebetulan pada Hari Wanita yang lalu, saya menghabiskan masa bersama dua orang blogger dari #teambpt iaitu Sis Awadah dan Shahada Fauzi serta keluarga masing-masing di Pantai Penarik untuk mengeratkan silaturahim sambil menikmati pemandangan pantai. Perancangan awal untuk membuat a day trip ke Pulau Redang, jadi mencari homestay berdekatan Pantai Penarik adalah suatu kemestian bagi kami. Jika jauh risau pula tidak sempat naik bot di Jeti Penarik nanti. Bonus tambahanlah jika homestay itu tawar harga berpatutan!


Allur Galley Suite : Tawar Pakej Berpatutan



Risik punya risik akhirnya kami sepakat untuk membuat tempahan di Allur Galley Suite yang terletak berdekatan dengan Pantai Penarik iaitu di Kampung Mangkuk. Faktor utama kami memilih Allur Galley sebagai suite penginapan sementara adalah kerana ia juga menyediakan perkhidmatan bot untuk ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian serta membuat trip melihat kelip-kelip yang terdapat di sepanjang Sungai Penarik pada kadar harga berpatutan. Menarik bukan?


Selama 33 tahun hidup, baru saya tahu terdapat santuari kelip-kelip di Terengganu. Ingatkan hanya di Kuala Selangor dan Sungai Cherating sahaja yang terkenal dengan kelip-kelip, rupa-rupanya di tanah tumpah kelahiran sendiri pun boleh lihat kelip-kelip juga. Jadi untuk trip kali ini, menelusuri Sungai Penarik juga menjadi agenda kami untuk melihat kelip-kelip selain agenda utama iaitu membuat a day trip ke Pulau Redang.

Homestay di Pantai Penarik Terengganu : Allur Galley Suite Tawar Pakej Berpatutan

Allur Galley Suite terletak di lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan jalanraya  namun jauh dari kesibukan orang ramai dan penempatan yang lain. Kediaman ini sesuai dijadikan penginapan sementara bagi mereka yang mementingkan privasi ketika percutian. Terletak di dalam pagar berbatu yang luas, ia menempatkan dua buah suites yang terletak bersebelahan dan boleh memuatkan anggaran 15 buah kereta di dalam kawasannya.


Kemudahan yang Terdapat di Allur Galley Suite



Saya sangat bersyukur membuat pilihan yang tepat dengan menginap di Allur Galley Suite kerana segala kemudahan semasa percutian yang diperlukan ada disediakan di sini. Private pool dalam pagar bertutup, ruang barbeque, mesin basuh, dapur yang lengkap dengan alatan memasak serta ruang menonton TV yang selesa memberikan kami kepuasan sepanjang berada di Allur Galley Suite.

Homestay di Pantai Penarik Terengganu : Allur Galley Suite Tawar Pakej Berpatutan

Sedari awal menjejak kaki ke dalam suite, anak-anak sudah tidak betah duduk apabila ternampak private pool yang terletak di luar rumah bersebelahan dengan ruang menonton TV. Semua mata tertumpu ke ruangan kolam dan berharap dapat mandi awal, malahan Ameera asyik merengek-rengek ingin masuk ke dalam kolam bermain air. Terpaksa saya layankan kehendaknya kerana malas mendengar rengekan si kecil. Nah, bila seorang masuk ke dalam kolam, terus yang lain pun tertarik bagai magnet untuk mandi bersama :D


Ruang dapur yang dilengkapi dengan island bar dan dekorasi moden ala pejabat menjadikan ruang tersebut paling popular di kalangan emak-emak a.k.a blogger untuk bersembang. Sambil berbual kami turut menambah lemak di badan dengan makanan yang sempat kami beli sebelum mendaftar masuk. Oh ya, setiap tempahan Allur Galley Suite akan melayakkan pengunjung mendapat 10% diskaun untuk menikmati makanan di Mr Celup Tepung Station.

Homestay di Pantai Penarik Terengganu : Allur Galley Suite Tawar Pakej Berpatutan

Terdapat tiga buah bilik yang terdapat di Allur Galley Suite, di mana bilik master turut dilengkapi dengan tandas. Sekiranya kaum ibu ingin memasak, hanya perlu beli bahan mentah dan simpan di dalam peti ais disediakan. Malah, tempahan bahan mentah untuk bbq juga boleh diperoleh melalui pemilik suite.


Harga bagi Penginapan di Allur Galley Suite



Sesetengah keluarga yang bercuti di Pantai Penarik inginkan percutian day trip ke pulau atau mungkin juga melakukan aktiviti malam melihat kelip-kelip di Sungai Penarik dengan menaiki rivercruise. Mereka datang dengan rancangan masing-masing seperti melawat keluarga terdekat atau mungkin juga membawa bersama warga emas yang tidak mampu bergerak bebas. Bagai memahami kehendak pelanggan yang datang dengan pelbagai rancangan dan tahap usia, Allur Galley Suite menawarkan penginapan tanpa pakej dan penginapan beserta pakej pada harga berpatutan.



1. Harga penginapan di Allur Galley Suite tanpa aktiviti (2 hari 1 malam)
  • Weekday - RM420
  • Weekend - RM450
  • Peak Season - RM480

Bagi pelanggan yang berminat untuk mengikuti aktiviti yang ditawarkan samada melihat kelip-kelip di Sungai Penarik atau day trip ke Pulau Perhentian atau Pulau Redang, pilihan pakej yang boleh ditempah adalah seperti berikut :

1. Pakej 3 hari 2 malam 

  • Hari pertama : Menelusuri Sungai Penarik untuk melihat kelip-kelip pada jam 8pm.
  • Hari kedua : Day trip ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian pada jam 9am. Peralatan snorkeling dan jaket keselamatan disediakan. Snorkeling di 5 check point.
  • Penginapan di Allur Galley Suite.
  • Minimum 10 orang.
  • RM260 / dewasa dan RM220 / kanak-kanak.

2. Pakej 2 hari 1 malam 

  • Sebelum check-in terus pergi ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian jam 9am. Daftar masuk ke suite setelah pulang. Peralatan snorkeling dan jaket keselamatan disediakan. Snorkeling di 5 check point.
  • Jika ingin lihat kelip-kelip, tambahan RM35 / dewasa dan RM25 / kanak-kanak.
  • Penginapan di Allur Galley Suite.
  • Minimum 10 orang.
  • RM165 / dewasa dan RM125 / kanak-kanak.

Tempahan penginapan di Allur Galley Suite melayakkan setiap pengunjung menikmati potongan diskaun makan sebanyak 10% di Mr Celup Tepung Station. Hanya bawa kunci rumah dan tunjuk kupon yang telah dikepilkan bersama kunci kepada cashier semasa membuat pembayaran, jadi anda jimat sebanyak 10%!

Homestay di Pantai Penarik Terengganu : Allur Galley Suite Tawar Pakej Berpatutan

Sekiranya pengunjung berminat untuk membuat aktiviti BBQ dan tidak mempunyai bahan mentah bagi tujuan tersebut, usah bimbang. Hanya tempah dengan Allur Galley Suite pada harga RM20 / pax untuk dapatkan bahan mentah iaitu ayam, ikan dan sosej yang telah siap diperap. Jika ingin tambahan udang dan sotong pula, harga bagi bahan mentah adalah RM40 / pax. Kelengkapan untuk memanggang seperti arang juga turut disediakan.


Tempat Menarik di Sekitar Allur Galley Suite



Bagi kaki pancing yang menginap di Allur Galley Suite, mereka masih boleh melakukan aktiviti kegemaran di sini kerana dengan hanya lima minit perjalanan, pengunjung akan tiba ke Sungai Penarik yang luas membiru. Aktiviti memancing di kawasan sungai yang tenang dan damai ini mampu memberi kepuasan buat kaki pancing sekiranya berjaya mendaratkan ikan talang atau siakap putih.


Golongan bapa ke sungai untuk memancing, manakala golongan ibu dan anak-anak boleh berenang sepuasnya di kolam yang terdapat di Allur Galley Suite. Jadi masing-masing boleh menikmati percutian dengan cara tersendiri dan jika lapar, hidupkan enjin kereta dan pandulah ke Mr Celup Tepung Station serta nikmati 10% diskaun!

Homestay di Pantai Penarik Terengganu : Allur Galley Suite Tawar Pakej Berpatutan

Sebelum mendaftar masuk ke Allur Galley Suite, kami melalui suatu pasar tani yang terletak betul-betul bersebelahan jalan raya. Disebabkan perut telah berkeroncong kerana belum makan tengahari, jadi kami singgah ke pasar tersebut untuk membeli sedikit kudapan. Apa yang unik mengenai pasar ini adalah kedudukannya yang terletak di tepi jalan utama berlatar belakangkan suasana pantai yang menarik dan kebanyakan harga makanannya lebih murah berbanding di tempat kami. Pasar tani ini merupakan tempat menarik yang boleh dijadikan persinggahan buat pengunjung yang bercuti di Pantai Penarik.


Kami sempat meronda di sepanjang Sungai Penarik dengan menaiki kereta sehinggalah tiba ke kawasan Terrapuri Heritage Village. Pemandangan di sekitar sungai yang damai dihiasi dengan pohonan kelapa yang tinggi merimbun serta kehadiran kaki pancing menjadi penyeri petang kami. Terlalu asyik melihat pemandangan yang menenangkan itu hingga terlupa saya untuk mengabadikan ia dalam bentuk gambar.


Bagaimana membuat Tempahan?



Bagi pengunjung yang ingin menginap di Allur Galley Suite, anda ke laman sosial ini > Allur Galley Suite.

Kami menikmati percutian yang sangat menggembirakan di Allur Galley Suite. Selain persekitaran penginapan yang cantik dan menenangkan, layanan owner dan pekerja juga lima bintang! Setiap perjalanan kami samada ke pulau atau melihat kelip-kelip, kerenah kami pasti dilayan mesra oleh mereka. Terasa sayu pula sebelum pulang meninggalkan Pantai Penarik. In shaa Allah, kami pasti kembali lagi selepas ini untuk membawa keluarga pula menikmati pengalaman menginap di Allur Galley Suite dan ambil lagi pakej berpatutan ini!

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Cantiknya view. puas hati betul kalau dpt release tension dekat sini. Mana tau lepasni gi vacation dekat Terengganu, blh singgah sini. Hee.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/03/book-review-bila-cinta-milik-dia-by.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..boleh try stay sini. View memang terbaikla..private pool tu pun salah satu perkara yang best jugak..

      Padam
  2. aloh la cantiknyo tmpat ni..xajok doh kita g..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom CikNor kita stay sini sesama..kang ajak ni kata tanak, malas ajak dah la..hihi

      Padam
  3. Kita dah masuk homestay ni dalam list dah. Nampak selesa sgt. Plan nk bawa family g sini nanti. Tak sabarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2 bila nak pergi tu? Sibuk je pulak nak tau kan :P

      Padam
  4. dulu duduk sana masa kecik2 before pindah Penang. Pantai Penarik ni antara pantai feveret kami satu family. skrng ni macam2 da ada kat sana. makin cantik =)

    BalasPadam
  5. best!!! mana nk dpt homestay sekali pakej mcm2 ni... berbaloiii sangat

    BalasPadam
  6. x mcm homestay sblk nya mcm villa 5 bintang! hmmm bila laa sy nk smpi t'ganu niiiiiii lama sgt x ke sana

    BalasPadam
  7. Perghhhh...beb..ni masuk dlm list percutian ak ni..

    BalasPadam
  8. kite orang setiu pun belum sampai sini

    BalasPadam
  9. Wahh menarik juga tempat ni. Tengok ada swimming pool memang jadi kegemaran buat anak-ana kecil. =)

    BalasPadam
  10. Cantiknya himestah siap Ada swimming pool lagi

    BalasPadam
  11. cantik homestay,banyak pula aktvt kat sini

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail