Khasiat Minuman Sarang Burung Walet yang Menakjubkan dari Forever Dewi


Jika disebut tentang minuman sarang burung walet, perkara pertama yang akan bermain di minda saya adalah kolagen! Ya, minuman sarang burung walet adalah tinggi kandungan kolagen yang sangat baik bagi mengembalikan wajah awet muda impian setiap wanita.


Mujurlah pada masa kini saya tidak perlu bersusah payah mendaki gunung dan memanjat gua untuk mendapatkan minuman sarang burung walet. Forever Dewi tempat yang boleh saya tujui! Forever Dewi merupakan suatu jenama produk kecantikan yang memasarkan minuman sarang burung walet bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mengimpikan kulit lebih halus, anjal dan awet muda.

Khasiat Minuman Sarang Burung Walet yang Menakjubkan dari Forever Dewi

Menerima sijil Halal JAKIM serta telah dianugerahkan dengan sistem Amalan Pengilangan Baik (GMP), HACCP serta MeSTI, Forever Dewi komited menghasilkan produk minuman istimewa daripada sarang burung walet bagi memastikan pelanggannya menerima hasil terbaik melalui khasiat sarang burung itu sendiri.


Kebaikan Sarang Burung Walet untuk Kesihatan dan Kecantikan



Kebaikan sarang burung walet dalam industri kecantikan tidak perlu dipersoalkan lagi. Masyarakat Cina telah mengamalkan minuman sarang burung walet sejak 400 tahun lalu dan menjadi makanan kedua terbaik selepas ginseng. Walaubagaimanapun, harganya yang mahal pada ketika itu menjadikan sarang burung walet hanya makanan istimewa di kalangan kerabat diraja sahaja. 


Sarang burung walet terhasil apabila burung walet atau burung layang-layang yang mahu bertelur menghasilkan sarang burung dengan menggunakan air liurnya sendiri. Mengandungi 60% protein, 18 jenis asid amino serta pelbagai nutrien dan mineral menjadikan sarang burung walet antara makanan terbaik dalam industri kecantikan dan kesihatan.

Khasiat Minuman Sarang Burung Walet yang Menakjubkan dari Forever Dewi

Antara kebaikan sarang burung walet adalah :


1. Kecantikan 
  • Mengandungi threonine yang menyokong pembentukan kolagen bagi mengatasi masalah penuaan, mencegah kedutan, mengurangkan pigmentasi, menghalang pertumbuhan jerawat serta menjadikan kulit halus dan licin.
  • Meningkatkan daya ingatan, membantu pengaliran saraf dan penyerapan Vitamin D yang baik untuk kulit.
  • Mengandungi asid syalik dan tirosin yang membantu menyingkirkan toksin dalam badan serta merangsang pertumbuhan sel darah merah.

2. Kesihatan
  • Mengandungi karbohidrat dan lipid yang dapat meningkatkan pertumbuhan tisu dan regenerasi serta menghalang jangkitan influenza.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit.
  • Membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, mengurangkan masalah hati dan usus, mengawal gula dalam darah dan anti-arthritis.
  • Melegakan penyakit berkaitan pernafasan seperti asma dan batuk kronik serta meningkatkan fungsi paru-paru serta buah pinggang.

Selain itu, sarang burung walet boleh diamalkan oleh setiap peringkat umur, termasuk golongan yang sihat atau pesakit yang telah menjalani pembedahan. Golongan pelajar juga amat digalakkan untuk mengamalkan sarang burung walet dalam kehidupan seharian kerana mampu meningkatkan daya intelek dan pertumbuhan fizikal mereka.


Bagi wanita yang sedang hamil dan mengimpikan bayi dengan kulit halus dan cerah, juga boleh mengamalkan minuman sarang burung walet. Bukan itu sahaja, pengambilan sarang burung walet semasa hamil meningkatkan sel-sel otak dan membran sinaptik janin serta mempercepatkan proses pemulihan ibu selepas bersalin.

Khasiat Minuman Sarang Burung Walet yang Menakjubkan dari Forever Dewi

Amalan pengambilan minuman sarang burung walet bagi warga tua pula membantu meningkatkan kecergasan, menjaga kesihatan, meningkatkan metabolisme tubuh serta melambatkan proses penuaan. Selain itu, ia juga mampu memberi tenaga dan pemulihan dalaman serta menggalakkan pertumbuhan sel baru. 


Sarang Burung Walet Forever Dewi Minuman Kecantikan Pilihan Saya


Saya amat teruja untuk mencuba minuman sarang burung walet ini. Selain bungkusannya yang ekslusif dan menarik, saya pasti rasanya tentu sedap. Iyelah, selama 33 tahun bernafas, saya tidak pernah mencuba minuman sarang burung walet, jadi saya sedikit excited nak merasa meskipun terasa sayang untuk menyentuh bungkusan kotak dan botol yang comel.


Saya tidak pernah terfikir untuk mencuba minuman sarang burung walet sebagai makanan tambahan meskipun sebelum ini saya telah membelanjakan wang yang banyak untuk keperluan kesihatan dan kecantikan. Mungkin kerana tidak pernah didedahkan dengan minuman ini, jadi saya lebih senang memilih supplement bersifat kapsul dan serbuk sahaja. Dipertemukan dengan minuman daripada Forever Dewi ini membuka mata saya tentang khasiat sarang burung walet yang menakjubkan dan pantas berbanding makanan tambahan lain yang pernah saya makan.

Khasiat Minuman Sarang Burung Walet yang Menakjubkan dari Forever Dewi

Kebetulan ketika saya mencuba minuman sarang burung walet ini, saya sedang alami masalah batuk dan sakit tekak yang agak teruk. Menakjubkan apabila saya langsung tidak perasan batuk saya hilang dan masalah eczema yang saya alami ketika itu juga mengering selepas pengambilan dua botol minuman sarang burung walet Forever Dewi.


Selain itu, hanya dengan pengambilan satu botol minuman sarang burung walet Forever Dewi, saya dapat melihat perubahan pada wajah apabila pigmentasi berkurang dan tona wajah kelihatan lebih sekata. Rambut juga menjadi lebih lembut serta tidak kering dan mengerbang seperti dahulu. Terkejut saya dengan hasilnya kerana dengan satu botol, terus nampak perubahan ketara!


Mungkin inilah penyebabnya mengapa sarang burung walet menjadi makanan terbaik bagi masyarakat Cina selepas ginseng. Kesan pantas dapat dilihat samada dalam bidang kesihatan atau kecantikan dan saya telah rasainya sendiri. Selepas ini saya tidak akan teragak-agak untuk mengamalkan minuman daripada Forever Dewi ini. Kesan pantas dan terbaik!

Khasiat Minuman Sarang Burung Walet yang Menakjubkan dari Forever Dewi

Dalam setiap kotak Forever Dewi, terdapat 6 botol minuman sarang burung walet dengan tiga perisa berbeza. Ini bermaksud setiap kotak mengandungi dua botol minuman sarang burung walet dengan perisa yang sama. Isipadu bagi sebotol minuman adalah sebanyak 180 ml. Setiap perisa boleh dibezakan dengan warna pelekat yang terdapat pada botol seperti berikut :

  • Pink - Longan red dates with extra collagen
  • Green - Chrysanthemum with extra collagen
  • Yellow - Pandan with extra collagen


Cara Pengambilan Sarang Burung Walet dari Forever Dewi


Minuman sarang burung walet Forever Dewi hanya perlu diamalkan sebotol sehari samada sebelum tidur atau setiap pagi sebelum sarapan untuk kesan yang terbaik. Pastikan botol digoncang terlebih dahulu sebelum diminum dan simpan di dalam peti ais sekiranya penutup botol telah dibuka. Untuk rasa nyaman dan segar yang lebih sedap, minuman sarang burung Forever Dewi boleh juga disimpan di dalam peti ais sebelum diminum. Jom layan video saya menikmati sarang burung Forever Dewi ini :P



Cara Mendapatkan Minuman Sarang Burung Walet dari Forever Dewi



Pasti anda ingin merasai sendiri keenakan minuman sarang burung walet ini bukan? Mudah sahaja, dengan pembelian online, anda boleh mendapatkan minuman sarang burung walet Forever Dewi pada harga RM120 sekotak yang bersamaan RM20 bagi sebotol. Kos penghantaran adalah percuma.




Sekiranya anda berminat untuk menjadi agen atau dropship bagi produk minuman sarang burung walet Forever Dewi, anda boleh mendaftar dengan kod : FDNURZARINIISMAIL dan nikmati penjimatan di antara 10% hingga 30% sehingga akhir bulan Mac 2019. Banyak tu!


Saya sangat teruja dengan kesan dan perubahan segera yang dapat dilihat pada wajah dan diri saya selepas pengambilan minuman sarang burung walet dari Forever Dewi ini. Walaupun dengan hanya sebotol, perubahan positif terus terasa! In shaa Allah akan order lagi selepas ini, awak taknak cuba ke?

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Comel botol2 tu.. by kbasit sarang butung Walid Ni ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru tau tentang khasiat sarang burung wak..dah tua baru tau, haha..

      Padam
  2. Nampak serasi dengan rini sampai eczema pun kering. Packaging pun comel, khasiat pun banyak. Boleh amalkan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah serasi Ana, saya siap order yang baru lepas habis sekotak :D

      Padam
  3. Balasan
    1. Untuk review saya buat sebotol terus habis sehari. Dah tak buat review, minum sebotol untuk seminggu. Jimat wak, botak kepala nak makan sehari sebotol :D

      Padam
  4. mantap penulisan ini...

    boleh berjaya dan saya yakin boleh memukau pembaca...

    saya dah atas 40..tanda-tanda tua sukar untuk selindungkan lagi..

    mungkin lepas minum sarang burung walet ini ...in shaa Allah boleh nampak muda 20 tahun kot..hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ma shaa Allah, tinggi pujian tu. Saya menulis untuk suka2 je wak..dapat offer buat review pun alhamdulillah dah :D

      Tapi saya rasa kalau awak minum sarang burung ni, tentu nampak baby face. Yelah..muka pun dah baby face sekarang kan..

      Padam
  5. Nampak produk nie serasi dengan awak.. Teringin jugak nak try, mana tahu kot2 nampak lagi muda.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya pun rasa macam tu sebab hilang eczema. Bolehla try Shikin, mana tau nanti nampak muda macam sebelum kahwin kan :D

      Padam
  6. Best tuu bila serasi kan 😙😍😍
    Makin comel lah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah serasi tapi tak comel dah husniey. Tua bangka dah ni..kedut dah banyak pun..huhu

      Padam
  7. Very nice, good for us ladies :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, true. Just know the benefit of bird nest, will try more after this :)

      Padam
  8. Wahhhh.. terbaek. packaging pun cantik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Packaging tu buat orang jatuh cinta la..

      Padam
  9. Ala.. ada collegen.. baru ingat nak cuba.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Sha tak boleh makan collagen ye? Kenapa ye boleh tau?

      Padam
  10. pernah minum tapi bukan brand ni.. sekali tu je cuba. oklah not bad..
    kalo ada perisa laju sikit. original hurm amek msa nak abeskan hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya first time minum ni terus dapat yang sedap, kalau minum yang takde rasa lepasni taktau la boleh habiskan ke tak..

      Padam
  11. wooo,nak kena try brand ni pula la.. ehehe. Saya ni gila skit kalo minuman berasaskan sbird nest

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail