Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak


Percutian di Perak membawa #teambpt ke destinasi seterusnya iaitu Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak hanya 5 minit daripada McDonald's Meru. Terukir keceriaan di wajah anak-anak sebaik melangkah masuk ke dalam MAPS yang merupakan taman tema animasi pertama di Asia.

Apa maksud taman tema animasi? Maksudnya kanak-kanak akan berjumpa dengan watak animasi kartun kegemaran mereka seperti Boboiboy, The Smurf dan banyak lagi di MAPS! Ha, teruja kan? Mak dan ayah pun turut sama teruja nak tengok watak kartun kesukaan masing-masing dengan lebih dekat.


Sebaik selesai urusan pembayaran di kaunter, kami diberi tiket dalam bentuk kad dan wristband untuk dipakai. Seperti di kebanyakan taman tema yang lain, makanan daripada luar adalah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, jadi setiap beg akan di check terlebih dahulu oleh staf.

Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Pengunjung yang membawa anak kecil boleh membuat sewaan stroller sebelum masuk sekiranya berminat. Perjalanan di bawah terik matahari dan jauh pasti memenatkan sekiranya mendukung bayi. Jadi, dicadangkan ibu bapa membawa stroller sendiri atau sewa sahaja di pintu masuk bagi mengelakkan keletihan mendukung si kecil. Jangan bimbang, sewaan stroller juga boleh dibuat di kaunter maklumat yang terdapat di dalam MAPS.


Antara tempat best yang terdapat di sini adalah:

→ Animation Square Zone
→ Blast Off Zone
→ Family Forest Zone
→ Lakeside Zone
→ Live Action Zone
→ Dream Zone
(masih dalam pembinaan, tak pasti samada akan dibuka atau tidak)



Disebabkan saya membawa si kecil Ameera, jadi aktiviti bermain untuk kami agak terhad. Iyelah, bila suami bermain, saya terpaksa menunggu di luar untuk jaga Ameera. Kira macam buat shift rotate siapa main dulu dan siapa yang kena jaga anak. Itulah sebabnya sepanjang 5 jam berada dalam MAPS, kami masih tak sempat nak jelajah masuk ke semua bahagian.

Animation Square Zone


Daripada pintu utama, tempat pertama yang kami temui adalah Animation Square Zone. Kebetulan pada masa tersebut sedang berlangsung live performance daripada band yang berpakaian sekolah di Center Stage, jadi kami secara automatik menjadi penonton. 


Di sesetengah zon yang terdapat di MAPS, penonton akan diserikan dengan persembahan on stage. Namun persembahan ini akan dibuat pada jam tertentu yang telah ditetapkan. Semua maklumat berkenaan peta berkaitan MAPS atau jadual persembahan live boleh didapati di bahagian Information Guest Service yang terdapat di zon ini.

Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Boboiboy Hero Academy merupakan antara tempat yang menjadi tarikan di Animation Square Zone. Dibuka mengikut jam tertentu, kami dihiburkan dengan persembahan daripada Papa Zola dan pembantunya di dalam dewan teater dan diserikan dengan sesi menjawab soalan kuiz. Sebaik keluar, sempat kami mengisi perut di Tok Aba Kokotiam sebelum meneruskan perjalanan ke zon yang lain.


Sesekali berjalan di animation theme park ni, tak seronok kalau tak cipta kenangan gila-gila. Sebab tu saya grab promosi conteng muka dengan harga RM20 untuk 2 orang di Space Face Fancy Dress. Conteng muka siapa lagi kalau bukan saya dan Auni. Auni pilih design rama-rama manakala saya pula pilih design ladybug untuk diconteng ke muka kami.

Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Di Animation Square Zone juga terdapat kedai cenderamata bagi pengunjung yang ingin membeli ole-ole untuk dibawa pulang. Selain itu, surau dan tandas juga turut disediakan bagi mereka yang ingin mengerjakan solat dan menjawab seruan alam. Hiasan dinding dengan animasi yang berwarna-warni menjadikan Animation Square Zone sebagai lokasi paling sesuai bagi kaki selfie untuk bergambar.

Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Blast Off Zone


Berada di sebelah kiri Animation Square Zone, Blast Off Zone membawa kami mengembara ke ruang angkasa lepas dan menjelajah ke dunia fantasi The Smurfs. Memasuki Wormhole Technologies yang penuh misteri dan gelap, membuatkan Auni menangis ketakutan, si kakak kecil ni memang takutkan tempat gelap dan nampak spooky walaupun sebenarnya takde apa-apa pun :D

Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Di hadapan Wormhole Technologies, berdiri megah sebuah kapal angkasa yang sangat besar! Sebaik diteliti, rupanya kapal angkasa tersebut merupakan sebuah restoran. Kami tidak berhenti makan di Starship Restaurant kerana perut masih kenyang, namun Starship Restaurant dan Starport boleh dijadikan lokasi pilihan untuk mengisi perut sekiranya berasa lapar semasa berada di Blast Off Zone.


Meneruskan perjalanan seterusnya, kami memasuki perkampungan makhluk berwarna biru iaitu The Smurf. Pengunjung yang mempunyai anak kecil terutama perempuan, wajib meluangkan masa di sini kerana mereka boleh bergambar di The Smurf Theatre dan The Smurf Clubhouse serta bermain di The Smurf Partyland. Mereka pasti teruja dan menjerit kegembiraan bergambar bersama watak animasi yang berwarna biru ini.

Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Bagi pengunjung yang gemar bermain kereta langgar ketika di funfair, mereka boleh bermain kereta langgar ini sehingga puas di The Adventurers Bumper Blast. Walaubagaimanapun, anda perlu bersiap sedia untuk beratur panjang kerana ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan remaja.

Family Forest Zone


Bermain di Family Forest Zone mengimbau kenangan kami ketika bermain di funfair semasa kecil. Kebanyakan rides boleh dinaiki bersama anak-anak, jadi kami juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama bergembira sambil mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.

Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Red Baron, Whirling Wizard dan Fantasy Carousel adalah antara rides yang berjaya menambat hati kami. Selain menaiki rides yang ada, kami berjalan-jalan di sekitar The Adventurers HQ Tree House, Upside Down Pyramid, Coliseum Water Play serta Cave of Wonders. Kepenatan bermain dan meneroka memaksa kami masuk ke Coral Kingdom untuk melepaskan lelah.


Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Coral Kingdom merupakan tempat terbaik untuk berehat. Selain menempatkan ruang permainan kanak-kanak, ia juga menyediakan ruang makan bagi pengunjung yang ingin mengisi perut. Jadi sementara mengawasi anak-anak bermain di playground, ibu bapa boleh menghilangkan lelah dengan berehat di tempat makan yang disediakan. Menghabiskan masa di Coral Kingdom seolah-olah berada di tengah lautan dalam yang biru, sejuk dan menenangkan.

Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Lakeside Zone


Asyik bercakap tentang rides untuk kanak-kanak je, tak ada ke rides yang mencabar di MAPS ni? Kalau ini soalan anda, apa kata cabar keberanian anda menaiki rides di Lakeside Zone? Antara tempat yang boleh membuatkan anda pening dan rasa ingin muntah selepas bermain, terdapat di zon ini. Anda boleh menaiki Space X-Plorers, Hyperspin dan Asteroid Attack untuk keriangan maksimum.


Sebenarnya semasa melalui zon ini, jam telah menunjukkan angka 6 petang. Meskipun kami masih belum puas bermain namun masing-masing telah kepenatan dan perjalanan jadi sedikit perlahan. Namun sebaik ternampak Hyperspin di depan mata, kami semua teruja untuk menaikinya, cuma terpaksa bergilir untuk menjaga Auni di luar.

Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Ini merupakan satu-satunya Hyperspin yang saya naiki mempunyai seat berkembar, jadi Auni juga boleh naik bersama saya. Hyperspin mesra kanak-kanak dan rasanya kelajuan juga telah dikurangkan sedikit. Sebaik turun daripada Hyperspin, hari sudah semakin gelap. Kami tidak bercadang untuk menaiki Space X-Plorers dan Asteroid Attack kerana risau tidak mampu nak menghadap pening, jadi kami hanya mencuci mata di sekitar MAPS.

Live Action Zone


Kami masuk pada anggaran jam 3 petang dan keluar pada jam 8 malam. Meskipun telah berada selama 5 jam di dalam MAPS, namun kami masih tidak sempat untuk melawat ke semua bahagian yang terdapat di MAPS. Live Action Zone merupakan antara tempat yang kami tidak sempat jelajah.


Walaubagaimanapun, Stunt Legend Arena di sini hanya dibuka jam 2.30 petang selama setengah jam sahaja setiap hari, jadi tiada aksi drift kereta dan motor yang dapat kami tengok pada lawatan pertama ini. Hasil daripada pembacaan, Live Action Zone ini merupakan tempat melihat aksi motor dan kereta dipertontonkan kepada pengunjung, lebih kurang tengok aksi di litar Sepang. Rugi kami tak dapat tengok :(

Dream Zone


Mengikut daripada apa yang saya tahu, meskipun terdapat perancangan awal untuk membuka zon ini namun nampak gayanya ia mungkin tidak akan dibuka langsung. Melalui zon ini, hanya Casper's Birthday Blast yang dapat kami masuk memandangkan bahagian lain masih ditutup.


Pengunjung yang gemar bermain game menembak patut masuk ke Casper's Birthday Blast ini untuk menembak hantu sambil menaiki keretapi. Auni sampai sekarang masih bercerita pengalaman menembak hantu semasa masuk ke sini..suka menembak macam mak dia juga.


Kami keluar daripada MAPS pada jam 8 malam. Sebenarnya berat rasa hati nak keluar kerana masih ada beberapa tempat yang kami belum sempat explore, namun kerana hari makin gelap dan kami telah book meja untuk dinner di >> Restoran Muslim Abdullah, maka terpaksa juga kami keluar. Waktu operasi MAPS berakhir jam 10 malam, jadi keluar pada jam 8 malam terasa agak awal kerana kami masuk lewat iaitu pada jam 3 petang. 

Tips Penting


Seperti biasa, sebelum saya menamatkan coretan, ada beberapa tips yang boleh anda rancang sebelum masuk ke MAPS bagi mendapatkan pengalaman percutian yang menyeronokkan di sini :


1. Tidak boleh bawa makanan daripada luar.
Pastikan makan kenyang-kenyang dahulu sebelum masuk kerana harga makanan agak mahal
(seperti kadar harga di taman tema yang lain).

2. Jika ada anak kecil,
bawa stroller sendiri atau boleh sewa di pintu masuk.

3. Jarak antara satu tempat ke satu tempat agak jauh, jadi pastikan anda fit.
Warga emas yang tidak mampu berjalan wajib masuk dengan kerusi roda.

4. Harga tiket di kaunter lebih mahal berbanding pembelian melalui agen.
Disarankan beli dengan agen yang sah.

5. Masuk seawal mungkin untuk mengelakkan terlepas peluang melihat aksi live.

6. Waktu operasi bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 10 malam
pada weekend dan public holiday.Pada hari biasa,
waktu operasi berakhir jam 6 petang.

7. Hari Rabu taman tema ditutup.


Kami pasti akan kembali lagi ke MAPS untuk menghabiskan sesi penjelajahan yang tidak dapat disempurnakan pada lawatan pertama ini. Bermain di MAPS merupakan pengalaman baru bagi kami kerana ia merupakan satu-satunya taman tema animasi yang pertama kami lawati dengan pelbagai permainan dan pengalaman menyeronokkan yang kami lakukan di sini. MAPS sangat menyeronokkan!

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. walaupun dekat dengan rumah sejam lebih je drive tp x sampai2 lagi sini. hihi.. menarik..!! insyallah one day pergi terjah ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah lepasni sampai la tu wak..jangan lupa explore semua tempat tau. Sayang kitorang tak dapat habiskan semua..

      Padam
  2. Seronoknya g MAPS :) Singgah pertama kali di sini.

    BalasPadam
  3. Ladybug dekat muka umi mana 😂

    Kbaii larikk

    BalasPadam
  4. wow... menarik blast of zone tu... akak tak tahu pun kat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, akak tak masuk bahagian ni ye? Saya tak sempat masuk dalam The Smurf, jalan2 kat luar tu je..itupun tak sempat jugak nak pusing semua..

      Padam
  5. Rabia tak pergi lagi ke sini. Insyaallah one day sampai jugakk ke sini nanti

    BalasPadam
  6. Walau sehari ke sini tetap tak sempat nak main semua tu kan. Especially on weekend bila kena beratur panjang. Tp best lah MAPS ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulla..rasa macam dah cuba semua games tapi tak habis2 jugak..sayang tak sempat, macam kena repeat balik je ni..

      Padam
  7. kalau g utara tgk dr highway je... entah bla laa nk smpi... rs nya akan dtg pasti lg byk tarikan dan permainan kan... smpi x larat nk main semua hhaaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap macam tu la sebab kalau tak silap bahagian Dream Zone yang dalam pembinaan tu banyak cover rides pasal Megaman kat Metroport..anak suka tengok movie tu..

      Padam
  8. Berapa harga tiket masuk ni. Sekali bayar ke cmne? Hehe.. seronok lah siap ada tok aba cafe. Real mcm dlm tv.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best wak, kalau bawak anak memang gembira la diorang main. Harga beli dengan agen aritu RM50 per head. Beli di kaunter rasanya dalam RM75. Nak jimat ambil pakej, harga lagi murah..

      Padam
  9. Balasan
    1. Best! Nanti baby dah besar, boleh bawak main games kat sini wak..

      Padam
  10. Dah pergi.. yes.. makanan mahal, memang kena makan kenyang-kenyang kat luar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..setuju bab makanan tu..memang wajib kena masuk dengan perut full :D

      Padam
  11. belum pernah pergi lagi.. tapi nakk sangat gi hihi.. Syaza nak jemput kak join segmen blogwalking Syaza boleh? :) ni link nya : Segmen Blogwalking Syaza ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry Syaza, akak tak join. Akak beul2 lupa..time hari last tu teringat tapi tak sempat pulak nak join..maaf sangat tau :(

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail