Masih ingat lagi tentang rumah kebajikan Ronald McDonald yang akan dibina di HUSM untuk membantu keluarga pesakit kanak-kanak dari segi sokongan tempat moral dan kemudahan penginapan sementara sebelum ini? Saya ada tulis tentang rumah tersebut di >> Rumah Ronald McDonald akan Dibina di HUSM Menjelang Tahun 2019.
Saya baru terima satu berita baik tentang Rumah Ronald McDonald. Khabarnya, pihak RMHC telah berjaya mengumpul dana sehingga RM440,000 setakat ini bersempena Kejohanan Golf Amal yang telah dianjurkan mereka! Alhamdulillah..namun masih banyak yang perlu dikumpul bagi menepati jumlah sasaran iaitu sebanyak RM4 juta keseluruhannya.. Jadi jangan berhenti menderma ke dalam tabung kebajikan McDonald ye.
Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)
telah berjaya meraih sumbangan sebanyak RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald
McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang,
Kerian, Kelantan. Kejohanan golf tahunan yang diadakan pada tahun ini sekaligus
turut meraikan ulang tahunnya yang ke-25, dan menerima sokongan yang amat
memberangsangkan menerusi sumbangan bagi memastikan visi RMHC dalam menjamin
kesihatan, pendidikan dan kebajikan pesakit kanak-kanak tercapai.
Naib presiden RMHC Malaysia iaitu Victor Sim berkata, jumlah dana
yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan
perniagaan McDonald’s kearah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memainkan
peranan masing-masing kearah kesejahteraan masyarakat.
“Kami sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh
rakan-rakan perniagaan McDonald’s. Memastikan keluarga dan anak-anak
mendapat peluang yang lebih baik dalam kehidupan merupakan matlamat
kami di RMHC. Setiap sen yang disumbang kepada RMHC mampu memberi perubahan
yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama,” kata Sim.
Rumah Ronald
McDonald pertama yang telah dibina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia kira-kira 20 tahun lalu dan telah berjaya membantu meringankan
beban keluarga lebih-lebih lagi dari golongan berpendapatan rendah.
Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan pula
dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama
tahun 2019.
Profesor Dato’
Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan
USM berkata, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini semestinya memberi manfaat
yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk
anak-anak mereka di Hospital USM merupakan daripada golongan berpendapatan rendah.
“Sebaik-baiknya
kita mahu keluarga ini sentiasa berada dekat antara satu sama lain memandangkan
proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberi
tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa
menempuh perjalanan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jam
perjalanan. Dengan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan yang bakal
siap tidak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses
rawatan dan pemulihan anak mereka di hospital,” kata beliau.
Rumah Ronald
McDonald yang baharu ini turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan
untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa
panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan. Apa yang lebih
penting, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga diharap mampu memberi
manfaat kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara
dengan bayaran yang amat minima untuk membolehkan keluarga pesakit menggunakan
kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang
membasuh dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh,
Puan Mimi Faizah Lee Abdullah merupakan salah seorang keluarga pesakit
pediatrik yang telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald pertama
di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut
beliau, kemudahan Rumah Ronald McDonald yang disediakan ini merupakan sesuatu
yang amat bermakna semasa anak dan cucu beliau manjalani rawatan kanser di
hospital.
“Proses rawatan
yang dilalui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil,
dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi
ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald
McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi
tekanan emosi yang dilalui,” kata Mimi Faizah.
Orang ramai dan
pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan
ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di
restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh
dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal.
Latarbelakang
RMHC Malaysia
Persatuan Kebajikan Ronald
McDonald (RMHC) telah ditubuhkan pada bulan Februari 1990 sebagai sebuah
organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan,
mendapatkan dan menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan
kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 28 tahun
lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000
kanak-kanak melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana
berjumlah lebih RM 20 juta.
Inisiatif-inisiatif
RMHC lain yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah program
Kembali-ke-Sekolah yang akan melibatkan kira-kira 20,000 pelajar dari keluarga
berpendapatan rendah dengan pemberian kelengkapan sekolah yang baharu untuk
sesi persekolahan 2019; program ‘Gift of Smile’ iaitu sebuah program untuk
menaja kanak-kanak melalui pembedahan sumbing bibir; dan pembinaan lebih banyak
Bilik Sensori Ronald McDonald untuk kanak-kanak istimewa.
14 Ulasan
terbaek.. semoga bermanfaat kepada yg memerlukan..
BalasPadamIn shaa Allah..aamiin. Moga dapat membantu golongan kurang berkemampuan..
PadamRMHC memang terbaik
BalasPadamTerbaik! Diharap banyak lagi RMHC yang ditubuhkan selepas ini..
Padamwahhh bagusnya! Sambil makan, sambil menderma
BalasPadamPerut kenyang, pahala pun bertambah kan?
PadamRMHC memang satu usahasama yang menarik
BalasPadamSetuju Cik Ash, semoga mendapat sokongan pelbagai pihak usaha oleh McDonalds ini..
PadamBanyak juga dana yang berjaya dikumpul..
BalasPadamAlhamdulillah..walau kita tak dapat menyumbang banyak..sikit2 pun jadilah kan Sha..
Padambanyak juga jumlah tu.... rakyat malaysia mmg pemurah
BalasPadamAlhamdulillah..syukur dapat hidup kat Malaysia ni, ramai yang pemurah..
Padamalhamdulillah, semoga tercapai sasaran
BalasPadamIn shaa Allah, aamiin..
Padam