Hari ini bermula rutin harian anda seperti biasa. Bangun pagi, solat dan mandi seterusnya bersiap untuk ke tempat kerja. Selesai berpakaian lengkap, tidak lupa juga untuk semburkan deodorant di bawah ketiak dan sedikit minyak wangi di pergelangan tangan. Sedikit bau segar bagi menenangkan perasaaan dan menyuntik elemen baru dalam diri sekaligus memacu perasaan positif dalam minda.
Namun apabila tiba tengah hari, anda tidak lagi berbau segar seperti seawal pagi tadi. Masam, hangit dan tengik terutama bagi yang bekerja di luar pejabat dan perlu bergerak ke sana sini di bawah terik matahari. Rembesan peluh berlaku lebih pantas lalu mengering di kemeja baju dan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan terutama di bawah ketiak. Kesannya anda sering terasa disisihkan oleh teman sepejabat akibat masalah ketiak dan badan berbau. Fikiran anda sering membayangkan cemuhan rakan-rakan dan penerimaan mereka terhadap diri anda. Pasti menyedihkan!
Gambar dari Google |
Saya pernah berada di tempat anda dan dalam kes saya, terdapat ketulan kecil di bawah ketiak sebelah kanan. Kata orang namanya bengkak kalenjar dan keadaan ini menyebabkan ketiak sebelah kanan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Semasa masih bersekolah menengah, saya tidak berapa kisah tentang hal ini namun apabila dewasa dan bekerja, ini merupakan hal serius yang perlu di pandang berat. Bangun pagi dan mula berfikir tentang kekurangan diri seawal memulakan hari sebenarnya amat mengganggu.
Hasil daripada pembacaan, baru saya tahu bahawa terdapat beberapa penyebab terhasilnya bau busuk daripada ketiak. Ini adalah antara penyebab masalah ketiak berbau.
Faktor yang Mempengaruhi Ketiak Berbau
1. Terdapat 2 jenis kalenjar peluh yang berbeza
Kalenjar peluh yang terdapat pada anggota badan terdiri daripada dua kalenjar berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kalenjar ekrin merupakan kalenjar yang bertanggungjawab untuk memberi rasa sejuk pada badan dan terdapat di seluruh badan. Manakala kalenjar apokrin pula terdapat di bahagian badan yang mempunyai folikel berambut seperti di kepala dan di bawah ketiak. Kalenjar apokrin merembeskan peluh yang agak berlemak berbanding kalenjar ekrin, jadi tidak hairanlah jika bau yang dihasilkan di bawah ketiak adalah lebih kuat berbanding bahagian yang lain.
2. Terhasil daripada bakteria pada rambut.
Pada asalnya kalenjar apokrin tidak menghasilkan bau. Namun bakteria yang terdapat pada bahagian rerambut akan memecahkan lemak yang dihasilkan oleh kalenjar apokrin lalu terhasilkan bau semasa proses ini. Semakin lebat rambut, semakin bertambah bakteria maka semakin kuatlah bau yang terhasil. Jadi rambut yang sedikit dan lebih pendek adalah lebih kurang berbau.
3. Akibat stress dan kemurungan
Stres dan kemurungan bukan sahaja boleh menganggu emosi malahan juga menjadi penyebab kepada penghasilan bau badan. Ini kerana perubahan hormon yang berlaku akibat stress mengganggu kitaran normal perembesan hormon sekaligus menjadikan badan cenderung menghasilkan bau yang lebih kuat.
4. Akibat pemakanan
Makanan yang berbau busuk juga menghasilkan badan yang berbau. Pernah makan petai? Bau busuk yang terhasil bukan sahaja semasa proses kunyahan, malahan ketika anda sedang buang air kecil juga, bau busuk petai masih boleh dihidu semasa aktiviti pencernaan dijalankan. Jadi elakkan pengambilan makanan berbau kuat dan busuk seperti petai dan bawang putih.
5. Pengambilan sabun anti-bakteria dan beralkohol
Penggunaan sabun mandi yang bersifat anti-bakteria dan mengandungi alkohol boleh mengakibatkan kulit badan menjadi kering. Lalu badan akan merembeskan lebih banyak peluh sekaligus menghasilkan bau yang lebih kuat.
Namun saya telah menemui jalan penyelesaian bagi masalah ketiak berbau saya.
Alhamdulillah..jadi anda usah risau kerana saya ingin kongsikan satu produk yang dapat membantu hari anda bermula dengan lebih baik. Saya telah menggunakan produk ini selama 2 tahun dan kini sedang menggunakan botol yang ketiga. Produk tersebut adalah CelebrityLass!
CelebrityLass Penyelamat bagi Masalah Ketiak Berbau
Sebenarnya saya mula memakai CelebrityLass ketika masih bekerja. Pada ketika itu perasaan down, malu dan segan untuk bersosial hanya semata-mata risau jika orang akan berasa tidak selesa dengan bau badan saya. Saya nekad menggunakan CelebrityLass setelah saya google di internet tentang pakar penghilang bau badan dan terbaca artikel tentang CelebrityLass. Terus saya beli sebotol CelebrityLass bersaiz besar dan ternyata ia memberi pulangan terbaik kerana berkesan menghilangkan bau badan saya!
Sebenarnya, CelebrityLass tidak menghilangkan bau badan. Ia meneutralkan bau supaya badan bebas bau selama 24 jam. Ia bukan deodorant dan bukan juga minyak wangi. CelebrityLass dibuat dengan menggunakan ekstrak rosa gigantean, tutsi, air suling dan aluminium potassium sulphate. Bahan yang digunakan adalah selamat dan halal. Selain boleh menghilangkan bau ketiak, ia juga boleh digunakan pada bahagian badan yang berbau seperti pada bahagian kaki.
Disebabkan saya yakin dengan produk ini dan telah mendapat manfaat daripadanya, jadi saya nekad untuk mengguna dan menjual sendiri CelebrityLass kepada ahli keluarga dan sahabat handai. Jadi jika anda berminat untuk mendapatkan CelebrityLass, anda boleh milikinya dengan mengklik pada link di bawah.
Harga sebotol (50 ml) : RM75 (SM) / RM85 (SS)
Harga Sebotol (10 ml) : RM26 (SM) / RM36 (SS)
Percuma kos penghantaran
Jika anda berminat untuk mendapatkan CelebrityLass serta konsultasi cara penggunaannya, anda boleh klik link di atas. COD di sekitar Kuala Terengganu sahaja. Jangan malu untuk berkongsi masalah anda kerana anda tidak keseorangan. Kini anda boleh tampil lebih yakin dengan CelebrityLass.
55 Ulasan
Saya pernah dengar jenama ni tapi tak pernah guna lagi. Sebab so far memang saya pakai deodorant anti perspirant. Kalau pakai jenis yang air tu, memang tak boleh sebab tak menjadi.
BalasPadamDulu saya selalu cari deodorant anti perspirant jugak tapi berkesan kejap je dengan saya, lama2 dia start berbau balik. Alhamdulillah jumpa CL ni :)
Padamsha pakai nivea men je hehehehe memang bau dia tahan dari pagi sampai malam
BalasPadamWow..Sha pakai nivea men? Bau dia okay ke? Terus terbayang nivea yang husband pakai :D
PadamSK pun ada masalah ni hehehe.Jenama celebrity lass penah dengar dan memang banyak dah testimoni dia berkesan kan.Lepas ni SK nak cuba pulak hehhee
BalasPadamBolehlah cuba CL pulak lepasni SK sebab saya dah jadi salah seorang daripada testimoni berjaya untuk produk ni :D
Padamproduk ni bagus untuk yang selalu kuat peluh, saya mmg kuat peluh klu buat kerja sikit mmg banyak peluh keluar...kadang2 tu sampai baju basah haha
BalasPadamSamalah kita..baju basah tu memang kena elak sangat pakai baju cotton colour gelap. Anti! Haha..
PadamBlerghhhh ini masalah yg emi takleh nak berkompromi. Serious setiap org perlu beri perhatian terhadap bau peluh dan ketiak. Kdg2 kita ni nak selesa berkomunikasi dgn org sekeliling kita tp mslhnya takleh tahan sesetengah org berbau kuat sangat.
BalasPadamBetul tu..kita nak cakap kat tuan badan tak sampai hati tapi kalau nak tahan bau tu, kita jugak yang seksa. Terpaksalah kental berlakon macam takde apa2 sebab nak jaga hati kawan kan..
PadamHarap-harap sesiapa yang ada masalah ketiak bau ni..baca lah entry ni ekk..:D. Memang pening kepala kalau kita ada kat sebelah. Terima kasihlah ya buat entry ni...:D
BalasPadamAhahahaha..aamiin..share la senang sis biar ramai sikit yang baca ni :P
Padamalhamdulillah so far kalau berpeluh tak adalah berbau cumanya insecure jugaklah kadang bila berpeluh tu. mesti nak spray perfume. baguslah ada produk nie, boleh digunakan utk elakkan body odor.
BalasPadamInsecure tu tak dapat elak sebab basah mesti melekit kan. Yang tu lebih okay nak banding kalau berbau, tak boleh tolerate kalau yang berbau ni..
PadamMasalah bau ketiak mmg x menyenangkan. Kadang2 ada juga. Terima kasih atas pengongsian maklumat ni.
BalasPadamSemoga bermanfaat :)
PadamTapi ada juga yang tak amik port pasal masalah ketiak..dok sebelah 2,3 meter pun dah boeh bau ketiak msham dia..hahaha..
BalasPadamKadang2 mereka dah kalis dengan bau badan sendiri so hidung tak dapat detect bau masham tu. Kita la yang suffer nak bau kemashaman mereka tu :D
PadamMenarik perkongsian ini.. AM suka sbb ini permasalahn umum yg sering masyrakat kita malu utk bersuara kan?? Satu penyelesaian yg AM pasti akan mencubanya!! Terima kasih 💖💖💖
BalasPadamKalau AM nak cuba, mai beli dengan saya tau. Support bisnes kawan :P
PadamKetiak berbau memang menjadi masalah besar terutama untuk lelaki yang berkerja. naik pula penganngkutan awam. Bau yang mengganggu orang lain
BalasPadamUish..bila cakap pasal naik pengangkutan awam tu terus teringat moment masa muda2 dulu naik bas. Stress tau duduk sebelah orang berbau ni..
PadamTak pernah dengar lagi jenama ni. Bau ketiak memang kurang menyenangkan. Lagi orang yang cepat berpeluh. Selalu akan cepat sembur pewangi bagi hilang peluh. Nak cuba lah produk ni masa akan datang.
BalasPadamLia kalau nak cuba, mai beli dengan saya tau..marketing sikit ni :P
PadamHari hari balik kerja masuk dalam keretapi inilah masalahnya. Terutama untuk mat mat bangla dan pakisatan dan afrika. Nepal pun sama. Mereka patut pakai produk ni
BalasPadamYa Allah boleh bayang macammana bau mereka kalau time balik kerja. Bertabahlah mama..
Padamboleh try usha2 nanti hihihi
BalasPadamBoleh, nanti nak order..order dengan saya tau ;)
PadamWah, menarik betul produk ni
BalasPadamBoleh suggest kat kawan2 kalau diorang ada masalah ketiak berbau ye Zumal :)
PadamInsha Allah nanti zumal suggest kat dorang
PadamKetiak berbau senang saja cara nak hapuskan baunya, pakai saja soda bikarbonat pada bahagian ketiak. Hilang bau aneh sebab ganggu persekitaran jadi alkali
BalasPadamPakai soda bikarbonat tak bahaya ke Azmi? Sebab pH alkali tinggi kan? Boleh menghakis jugak effect tu, kalau pakai long term macam bahaya je..
PadamOh, rupa dia macam air biasa aje eh. Melekit tak sis? Kalau dah yang pakai pun recommend, mesti best ni.
BalasPadamCL ni macam air biasa je sis, tak melekit dan tak berbau. Memang saya recommend sesangat lah..
Padamketiak berbau memang kurang menyenangkan ...
BalasPadamderita dan sengsara orang sebelah menyebelah
Ahahahaha..orang sebelah derita, tuan badan bahagia tak rasa apa2 ye? Kejam :D
PadamI do have unpleasant body odor when I was teenager. If handle hygiene in proper way, lifestyle and drink more plain water, actually can help. Glad that Celebrity Lass the faster solution.
BalasPadamYes, agree with you. But to drink more plain water with good lifestyle are difficult for me to do. Lucky i met CL, now is my hero :D
Padamsaya suka dengan penerangan dan info bau ketiak ni... dulu saya guna deodoran.. tapi skrg tak lagi dah..
BalasPadamSo sekarang awak pakai apa?
Padamsaya rasa kawan saya pernah pakai ni..masalah bau badan dia dah takde dah..:)
BalasPadamNak confirm tanya kawan dulu Cuya, tapi mungkin jugakla kot..
PadamAlhamdulillah Hana tak menghadapi masaklah sedemikian heheh >_< Hopefully sampai bila2 stay macam ni lah heheh >_< *hopefully.. T^T
BalasPadam.
Btw nice review kak!! ^^
Aamiin..harap berkekalan la kewangian Hana tu ye. Btw rindula awak si kecik..
Padamtips yang berguna . thanks you kak for sharing.
BalasPadamSemoga bermanfaat Rabia :)
Padamalhamdulillah xde masalah ni unless pegi beriadah peloh2 lari teruk2 tu adalah. tapi yes its very important kena jaga aspek ni. kena make sure always fresh =)
BalasPadamUjian pada yang bermasalah bau ni kan, dari jauh orang dah boleh detect. Tapi CL dapat membantu, in shaa Allah..
Padamustaz sy dulu ada ajar cara nk hlg kn bau ketiak. dia ckp, ms mandi ketika bersabun tu, genggam jari dan gosok ketiak (gosok guna permukaan penumbuk yg bertulang tu). buat selalu. insya allah bau akn hilang
BalasPadamOh..thanks Anies. Saya nak cuba buat lah :D
PadamKalau petua orang tua dulu sental ketiak dengan lutut.. hahaha.. boleh bayang tak camne nak buat..? Sha pakai rexona.. alhamdulillah serasi.. menarik CL nie..
BalasPadamAhahaha..mesti buruk sangat gaya time sental tu nanti. Boleh bayangkan..haha
PadamBaru tau sabun anti Bakteria pun boleh menyebabkan ketiak berbau. Basuh guna air bersih je lah lepas ni.
BalasPadamAah, sebab dah bunuh semua bakteria termasuk bakteria baik yang tolong hilangkan bau busuk tu..info dapat daripada doktor jugak ni..
Padam