Percutian ke Cameron Highlands tidak lengkap sekiranya tidak menjamu selera dengan makanan yang unik dan istimewa. Suasana persekitaran yang sejuk ditemani pemandangan yang berkabus nipis menjadikan masakan panas seperti steamboat dan grill adalah pilihan utama pelancong semasa bercuti di Cameron Highlands. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan restoran yang menghidangkan juadah ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan serta mendapat sambutan hangat seperti pisang goreng panas.
Restoran Taman Apple Cameron Steamboat and Grill
Antara restoran yang terkenal dengan menu steamboat dan grill di Cameron Highlands adalah Restoran Taman Apple Cameron. Terletak bersebelahan dengan Hotel Cool Point di Tanah Rata, restoran ini memang terkenal dengan sajian yang sedap dan istimewa. Menyediakan parking kereta yang luas dengan layanan pekerja setaraf 5 bintang, sememangnya menjadi pilihan kami untuk kembali lagi menikmati hidangan lazat di sini. Dekorasi restoran yang cantik dipenuhi dengan pelbagai tanaman dan tumbuhan menjalar berjaya menarik perhatian pelanggan untuk bergambar.
Sebelum ini, Restoran Taman Apple Cameron dikenali sebagai Restoran Taman Abang Cameron. Namun namanya mula ditukar pada tahun ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada pelanggan kerana terdapat beberapa buah restoran di Cameron Highlands yang menggunakan perkataan 'Abang' dalam penjenamaannya. Pohon apple cameron atau pepino yang menjalar subur di laluan pintu masuk dengan buah yang masak ranum sedia menyambut kehadiran pelanggan untuk menikmati hidangan di restorannya. Buah apple cameron yang mempunyai warna ungu dan hijau serta berlainan jenis ini boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan ke dalam masakan sebagai penyeri tambahan.
Selain menikmati steamboat sebagai menu utama, pelanggan juga boleh mencuba pelbagai menu istimewa yang terdapat di sini. Antaranya seperti nasi lemak serunding strawberry dan set nasi kambing bakar serta sotong bakar. Jika anda tidak berhasrat untuk menikmati makanan berat, pelbagai jenis kek dan pencuci mulut juga turut disediakan bagi memenuhi selera pelanggan.
Dibuka seawal jam 8 pagi, pelanggan sudah boleh mula membuat tempahan hidangan breakfast mereka. Anda disarankan memakai baju sejuk jika datang seawal pagi terutama pada hari hujan kerana kesejukan cuacanya mampu membuatkan anda menggigil. Antara hidangan yang popular dan wajib cuba adalah nasi lemak Cameron Higlands dengan serunding strawberry. Nasi lemak berwarna hijau dengan aroma harum ini disajikan bersama serunding strawberry memberikan rasa masam dan manis apabila dikunyah. Ternyata gabungan serunding strawberry dalam hidangan nasi lemak mampu memberi rasa yang unik dan sedap dan membangkitkan selera saya.
Pengalaman kali pertama mencuba nasi lemak serunding strawberry memaksa saya membeli tiga bungkusan serunding strawberry untuk dibawa pulang. Jangan bimbang, anda boleh membeli serunding strawberry yang telah di pack dengan harga RM17.90 sebungkus di booth yang terdapat di pintu keluar restoran. Jika anda penggemar makanan pedas, jangan lupa untuk menggaul sambal nasi lemak dan alami sendiri tahap kepedasan hingga menggaru kepala dan berair hidung. Hidangan bagi menu a'la carte bagi nasi lemak ini dapat dinikmati dengan harga RM8.90 dan boleh didapati sehingga jam 4 petang sahaja.
Menu bakar adalah hidangan yang paling disyorkan pada waktu lunch di sini. Terdapat pelbagai menu bakar seperti ayam, kambing, sotong, ikan keli dan ikan pari bakar. Satu hidangan a'la carte berharga antara RM8.90 hingga RM15.90 akan disajikan bersama nasi, lauk (samada ayam, kambing, sotong atau ikan), salad, sos dan sup. Waktu bagi proses bakar bermula jam 10.30 pagi sehingga 4 petang. Jadi jika anda ingin mencuba menu bakar, pastikan anda datang pada masa yang tepat.
Saya dan suami memesan nasi kambing bakar dan nasi sotong bakar untuk dicuba. Kami tidak pernah mencuba menu bakar di sini jadi kami agak teruja untuk merasainya. Sepinggan nasi kambing bakar berharga RM15.90 manakala harga bagi nasi sotong bakar pula adalah RM14.90. Suapan pertama daging kambing bakar ke dalam mulut selepas bacaan doa makan adalah 'Wow!'. Daging kambingnya diperap sekata dengan rasa masam dan manis di mulut. Isi dagingnya lembut, tidak hamis dan dibakar sempurna. Cicahan ke dalam sos blackpaper memberi sedikit rasa pedas dan memberi rasa keseluruhannya masam, manis dan pedas. Sempurna!
Rasa sotong bakar juga tidak kurang hebatnya. Suami dan saya agak terkejut melihat saiz sotong bakar sebaik sahaja tiba di meja kami. Kenapa tidak, saiz sotongnya sahaja hampir sama panjang dengan panjang tangan saya. Isi sotongnya lembut dan tidak kenyal, enak dimakan bersama dengan sos kicap. Recommended!
Menu dinner untuk buffet steamboat dan grill bermula seawal jam 5 petang dan berakhir jam 12 tengah malam. Terdapat dua jenis kuah yang ditawarkan samada kuah sup atau tomyam. Kuah tomyam agak pedas manakala kuah sup kurang pedas dan lebih sesuai untuk dinikmati bersama anak-anak kecil. Semasa kunjungan saya yang pertama bersama ayah, ibu serta adik beradik, kami memilih kuah tomyam sebagai pelengkap rasa. Kali ini kami memilih untuk mencuba kuah sup pula.
Dengan harga RM39 bagi dewasa dan RM29 bagi kanak-kanak, pelanggan bebas menikmati hidangan buffet steamboat dalam suasana yang tenang dan santai sambil dihiasi dengan juntaian daun-daun pokok yang tumbuh menjalar dan kehijauan. Pelbagai pilihan bahan mentah seperti udang, sotong, ayam, daging dan ikan samada yang segar atau telah diperap disediakan. Menu nasi goreng, bihun goreng dan nasi lemak juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmatinya secara buffet.
Saya sukakan isi ikan yang digrill kerana rasanya yang lembut dan manis. Perapan pada ayam juga sedap kerana meresap sekata manakala Auni sibuk menghabiskan udang yang telah dimasak. Suami saya kerap kali bangun untuk mengambil bahan tambah dalam steamboat. Walaupun pada malam tersebut hujan turun renyai-renyai, namun kami tetap tidak lepaskan peluang untuk menikmati aiskrim sebagai pencuci mulut.
Disebabkan Restoran Taman Apple Cameron terkenal di kalangan pengunjung, jadi ada beberapa tips yang perlu anda tahu bagi memastikan anda tidak berkunjung pada waktu yang salah.
Rancang jadual perjalanan anda.
1. Ditutup setiap hari Rabu.
2. Masakan a'la carte bermula jam 8am - 4pm.
Masakan bakar bermula jam 10.30am - 4pm dan buffet steamboat bermula jam 5pm - 12pm.
3. Hari yang paling sibuk adalah sewaktu cuti sekolah, public holiday dan hari Sabtu.
Datang seawal jam 5pm untuk nenikmati buffet steamboat bagi mengelakkan terpaksa beratur dan ambil nombor.
4. Hotel yang terdekat adalah Hotel Cool Point,
boleh ke restoran dengan berjalan kaki sahaja daripada hotel tersebut.
5. Sistem booking tidak disediakan kecuali pada hari weekdays.
Staf yang mesra pelanggan, hiasan dalaman yang cantik, ruang parking yang luas serta yang paling penting, pelbagai jenis makanan dengan rasa yang sedap terdapat di Restoran Taman Apple Cameron. Kami pasti akan kembali lagi ke Restoran Taman Apple Cameron pada masa akan datang untuk menikmati menu yang lazat dan istimewa.

Menu Istimewa di Restoran Taman Apple Cameron
Selain menikmati steamboat sebagai menu utama, pelanggan juga boleh mencuba pelbagai menu istimewa yang terdapat di sini. Antaranya seperti nasi lemak serunding strawberry dan set nasi kambing bakar serta sotong bakar. Jika anda tidak berhasrat untuk menikmati makanan berat, pelbagai jenis kek dan pencuci mulut juga turut disediakan bagi memenuhi selera pelanggan.
Menu Breakfast
Dibuka seawal jam 8 pagi, pelanggan sudah boleh mula membuat tempahan hidangan breakfast mereka. Anda disarankan memakai baju sejuk jika datang seawal pagi terutama pada hari hujan kerana kesejukan cuacanya mampu membuatkan anda menggigil. Antara hidangan yang popular dan wajib cuba adalah nasi lemak Cameron Higlands dengan serunding strawberry. Nasi lemak berwarna hijau dengan aroma harum ini disajikan bersama serunding strawberry memberikan rasa masam dan manis apabila dikunyah. Ternyata gabungan serunding strawberry dalam hidangan nasi lemak mampu memberi rasa yang unik dan sedap dan membangkitkan selera saya.
Nasi lemak rendang ayam |
Pengalaman kali pertama mencuba nasi lemak serunding strawberry memaksa saya membeli tiga bungkusan serunding strawberry untuk dibawa pulang. Jangan bimbang, anda boleh membeli serunding strawberry yang telah di pack dengan harga RM17.90 sebungkus di booth yang terdapat di pintu keluar restoran. Jika anda penggemar makanan pedas, jangan lupa untuk menggaul sambal nasi lemak dan alami sendiri tahap kepedasan hingga menggaru kepala dan berair hidung. Hidangan bagi menu a'la carte bagi nasi lemak ini dapat dinikmati dengan harga RM8.90 dan boleh didapati sehingga jam 4 petang sahaja.
Menu Lunch
Menu bakar adalah hidangan yang paling disyorkan pada waktu lunch di sini. Terdapat pelbagai menu bakar seperti ayam, kambing, sotong, ikan keli dan ikan pari bakar. Satu hidangan a'la carte berharga antara RM8.90 hingga RM15.90 akan disajikan bersama nasi, lauk (samada ayam, kambing, sotong atau ikan), salad, sos dan sup. Waktu bagi proses bakar bermula jam 10.30 pagi sehingga 4 petang. Jadi jika anda ingin mencuba menu bakar, pastikan anda datang pada masa yang tepat.
Saya dan suami memesan nasi kambing bakar dan nasi sotong bakar untuk dicuba. Kami tidak pernah mencuba menu bakar di sini jadi kami agak teruja untuk merasainya. Sepinggan nasi kambing bakar berharga RM15.90 manakala harga bagi nasi sotong bakar pula adalah RM14.90. Suapan pertama daging kambing bakar ke dalam mulut selepas bacaan doa makan adalah 'Wow!'. Daging kambingnya diperap sekata dengan rasa masam dan manis di mulut. Isi dagingnya lembut, tidak hamis dan dibakar sempurna. Cicahan ke dalam sos blackpaper memberi sedikit rasa pedas dan memberi rasa keseluruhannya masam, manis dan pedas. Sempurna!
Rasa sotong bakar juga tidak kurang hebatnya. Suami dan saya agak terkejut melihat saiz sotong bakar sebaik sahaja tiba di meja kami. Kenapa tidak, saiz sotongnya sahaja hampir sama panjang dengan panjang tangan saya. Isi sotongnya lembut dan tidak kenyal, enak dimakan bersama dengan sos kicap. Recommended!
Menu Dinner
Menu dinner untuk buffet steamboat dan grill bermula seawal jam 5 petang dan berakhir jam 12 tengah malam. Terdapat dua jenis kuah yang ditawarkan samada kuah sup atau tomyam. Kuah tomyam agak pedas manakala kuah sup kurang pedas dan lebih sesuai untuk dinikmati bersama anak-anak kecil. Semasa kunjungan saya yang pertama bersama ayah, ibu serta adik beradik, kami memilih kuah tomyam sebagai pelengkap rasa. Kali ini kami memilih untuk mencuba kuah sup pula.
Dengan harga RM39 bagi dewasa dan RM29 bagi kanak-kanak, pelanggan bebas menikmati hidangan buffet steamboat dalam suasana yang tenang dan santai sambil dihiasi dengan juntaian daun-daun pokok yang tumbuh menjalar dan kehijauan. Pelbagai pilihan bahan mentah seperti udang, sotong, ayam, daging dan ikan samada yang segar atau telah diperap disediakan. Menu nasi goreng, bihun goreng dan nasi lemak juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmatinya secara buffet.
Saya sukakan isi ikan yang digrill kerana rasanya yang lembut dan manis. Perapan pada ayam juga sedap kerana meresap sekata manakala Auni sibuk menghabiskan udang yang telah dimasak. Suami saya kerap kali bangun untuk mengambil bahan tambah dalam steamboat. Walaupun pada malam tersebut hujan turun renyai-renyai, namun kami tetap tidak lepaskan peluang untuk menikmati aiskrim sebagai pencuci mulut.
Tips Penting
Disebabkan Restoran Taman Apple Cameron terkenal di kalangan pengunjung, jadi ada beberapa tips yang perlu anda tahu bagi memastikan anda tidak berkunjung pada waktu yang salah.
Rancang jadual perjalanan anda.
1. Ditutup setiap hari Rabu.
2. Masakan a'la carte bermula jam 8am - 4pm.
Masakan bakar bermula jam 10.30am - 4pm dan buffet steamboat bermula jam 5pm - 12pm.
3. Hari yang paling sibuk adalah sewaktu cuti sekolah, public holiday dan hari Sabtu.
Datang seawal jam 5pm untuk nenikmati buffet steamboat bagi mengelakkan terpaksa beratur dan ambil nombor.
4. Hotel yang terdekat adalah Hotel Cool Point,
boleh ke restoran dengan berjalan kaki sahaja daripada hotel tersebut.
5. Sistem booking tidak disediakan kecuali pada hari weekdays.
Staf yang mesra pelanggan, hiasan dalaman yang cantik, ruang parking yang luas serta yang paling penting, pelbagai jenis makanan dengan rasa yang sedap terdapat di Restoran Taman Apple Cameron. Kami pasti akan kembali lagi ke Restoran Taman Apple Cameron pada masa akan datang untuk menikmati menu yang lazat dan istimewa.
32 Ulasan
menariknya dessertnyaaa...steamboat pun sama!!
BalasPadamMemang terbaik restoran ni sisgee :)
Padamamboi sdap2 makanan dia..:)
BalasPadamSedap CikNor, teringat2 je ni tapi jauh sangat nak pergi lagi :(
Padamhoi sedap ni pavlova dia santekkk..deco pon cun
BalasPadamRestoran ni memang sedap makanannya hoi! Haha..
Padamwaduhhhh menggoda betul menu2 dia...yg tu pavlova kan? perghhhh
BalasPadamAah, firsttime tengok saya ingat scone. Tanya baru tau pavlova, unik je rasa macam gula2 kapas..
Padammengooda betul lah makanan nya tu.lagi2 steamboat tu.lama dah tak pergi cameron ni.sejuk2.
BalasPadamSejuk sangat sekarang Rabia sebab musim hujan. Kalau nak pergi, tunggu musim hujan habis baru best nak jejalan..
PadamSedapnya oiii...
BalasPadamMemang sedap baby oiii :P
Padamsedappp la menu dia mengoda sangat... tempat pun lawa
BalasPadamMenu dengan tempat terbaik Cik Ash, kalau dekat mesti selalu pi makan..tapi jauh..
Padamwahhh.. menarik.. nampak sedap semuanya..
BalasPadamMemang sedap ejulz, nanti boleh bawak wife makan angin kat sini tau..
Padamwow..menarik juga nie
BalasPadamnama pun cantik..
banyak epal kat sana
Nanti dah jumpa wanita idaman, bawak makan angin kat sini ye mrhanafi :P
Padamsedapnyerrr.!! ^^
BalasPadamMemang sedap, confirm kitorang repeat makan lagi kalau pergi CH..
Padamtak pernah sampai lagi..bolehlah singgah kalau ada jalan jalan cameron
BalasPadamSuggest sangat cuba nasi kambing bakar kalau pergi wak..sedap!
PadamTempat yg sgt menarik dengan menu yg best2...harga pun nmpk berbaloi juga kan...
BalasPadamHarga affordable sebab lauk besar, puas hati makan..memang repeat balik nanti..
PadamSemua makanan nampak sedap
BalasPadamSedap wak, kena dengan tekak saya :)
PadamAduhai menu dia... .
BalasPadamKawasan sekitar pon nmpk cntik. ..
Cantik dengan menu sedap wak, memang wajib singgah ni..
PadamPergh.. meju dia ohsem betul.. dari pagi sampai ke malam..
BalasPadamOhsem sangat kan? Kalau yang suka bergambar tu memang heaven sangatla tempat ni untuk amek gambar..
PadamCantik deko taman tu. Instagrammable sgt. Menu pun nampak sedap semuanya.
BalasPadamInstagrammable sangat, lepasni Ana boleh cuba makan kat sini. Makan sambil bergambar..
Padam