Tips Pilih Buah Durian yang Elok dan Matang


Ada tips tak macammana nak pilih buah durian yang elok dan matang?
Beli mahal tapi tak boleh makan sebab durian dah masam?

Tips Pilih Buah Durian yang Elok dan Matang

Alkisahnya, adik saya nak beli buah durian untuk dibawa pulang ke rumah emak dan minta ayah mertuanya tolong belikan. Adik fikir jika ayah mertuanya yang belikan, pasti akan dapat harga yang lebih murah memandangkan ayahnya kenal dengan peniaga durian tersebut. Adik saya tinggal di rumah ayah mertuanya dan setiap dua minggu sekali akan pulang ke rumah mak dan ayah kami.

Tanpa pengetahuan adik, ayah mertuanya beli durian di tempat lain iaitu bukan di tempat biasa. Bila adik balik ke rumah, ayahnya beritahu yang dia dah beli durian. Jadi adik saya tanpa fikir apa-apa cuma ucap terima kasih dan hulur duit pada ayah mertuanya. Ayahnya beli buah tersebut pada hari Rabu. Keesokkan harinya adik cuba kopek sebiji durian dan hasilnya?

Masam dan isi sudah terlalu lembik, lebih sesuai dibuat tempoyak!
Adik kopek beberapa biji lagi dan isinya semua sama. Lembik dan berair. Sudahlah mahal, dapat pulak isi terlebih masak. Kalau tengok kepada warna kulit, rasanya buah durian tersebut mungkin telah seminggu gugur dari pokoknya. Memang tak patut dijual pada harga yang mahal.

Tips Pilih Buah Durian yang Elok dan Matang

Tips Pilih Buah Durian yang Elok dan Matang

Terpaksalah adik pergi hantar semula buah tersebut ke kedai. 
Namun tahu tak apa yang si peniaga beritahu? 

Ini bukan dibeli di sini. Kami jual semua buah yang elok.


Sanggup si penjual menipu sebab taknak kasi pelanggan tukar buah durian yang lain walhal memang sudah jelas plastik yang digunakan sama dengan plastik buah durian yang adik bawa. Warna dan saiz buah durian yang dijual pun sama dengan yang dibawa oleh adik. Adik taknak berganjak dan mungkin melihatkan kepada ramai pelanggan yang berada di kedai sedang memerhatikan situasi tersebut, si peniaga ambil beberapa biji buah yang elok dan diberi kepada ayah mertua adik tanpa berkata apa-apa walaupun perkataan maaf.

Kesilapan daripada pihak mana?
Kedua-dua pihak pun ada salahnya, pembeli sepatutnya pilih dahulu buah durian yang elok sebelum membuat bayaran namun pihak penjual juga seharusnya tidak menjual buah yang telah lama dan tidak elok. Namun jika pelanggan tidak tahu memilih buah yang elok, peniaga seharusnya jujur dan amanah dalam jualan kerana hasil jualan mereka akan digunakan untuk menyara keluarga. Apa tak takut ke dengan balasan Allah? Hurm..

Tips Pilih Buah Durian yang Elok dan Matang

Perkara ni tak berlaku kepada saya, cuma adik saya yang alaminya. Tapi saya dapat bayangkan jika saya berada di tempat beliau, saya pun pasti akan meletup. Si penjual pulak mengambil kesempatan menangguk di air keruh, mentang-mentang yang membeli tu orang tua. Memang tak berkat hasil kerja begitu. Disebabkan hal ini, terasa ingin saya kongsikan beberapa cara yang boleh digunakan untuk memilih buah durian yang elok dan matang. Ini adalah cara yang sering saya gunakan semasa membeli buah durian.


Tips Memilih Buah Durian yang Elok dan Matang


1. Warna dan Kulit

Lihat warna kulit durian. Warna kulit yang nampak coklat keperangan mungkin menandakan buah tersebut terlampau masak. Biasanya isi yang terlalu masak berair dan lembik. Jika kulit durian telah merekah di hujungnya, hidu baunya. Jika berbau masam elakkan membeli. Seeloknya elakkan membeli jika kulit telah terkopak di hujung.


2. Tangkai

Pilih buah dengan tangkai yang bergerigi, bukan yang elok dipotong.
Buah yang dipotong menandakan ia dipetik semasa masih muda dan isinya mungkin masih mentah.


3. Ringan dan Bulat

Pilih buah yang ringan kerana ini tandanya buah telah masak dan kecut.
Jika buah berat, ia menandakan samada buah masih muda atau terlalu masak menyebabkan ia berair atau tidak elok. Buah yang bulat biasanya mempunyai isi yang lebih besar dan banyak.


4. Duri Kulit

Kulit durian dengan duri jarang dan besar menandakan durian berisi padat manakala duri yang berjarak rapat dan halus menandakan isinya lembik dan kurang padat.


5. Goncang dan Dengar

Goncang dan dengar bunyi yang terhasil daripada goncangan tersebut.
Jika ada bunyi seperti getaran kecil maknanya buah durian telah matang dan kering.


6. Bau

Jika tiada bau, maknanya buah masih belum matang.
Pilih buah yang menghasilkan bau yang wangi dan kuat.



Ini adalah antara cara yang biasa saya gunakan untuk memilih buah durian. Masih ada beberapa cara lain yang boleh digunakan seperti mengira bilangan pangsa atau menjentik kulit durian dengan menggunakan jari, namun saya jarang menggunakan cara tersebut. Semoga tips memilih buah durian ini dapat diaplikasi semasa membeli bagi mengelakkan mendapat buah yang tidak elok.
Ada tambahan lain untuk tips memilih buah durian yang elok dan matang tak?

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. selalu kalau beli durian, biar je penjual tu pilihkan sebab memang tak reti. Alhamdulillah so far beli still dapat yang elok-elok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dapat penjual yang amanah..harap dijauhkanlah dari penjual yang tak jujur kan..

      Padam
  2. baik beli yang sudah siap dikopek.. kalau tak mgkun ada yg elok, ada yg x elok..

    Aerill Hassan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nak yang mencabar sikit, bukak sendiri kulit durian baru mencabar :P

      Padam
  3. terbaek.. mmg bermanfaat.. :)

    BalasPadam
  4. sy ckp menyampah kalau ada penjual mcm tu... br untung sket dah sombong... sy kalau pilih durian sy cr yg bau dia menyengat sket...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Menyampah betul penjual yang perasan bagus ni. Saya suka tengok shape dan duri buah kalau membeli. Tapi bau pun penting, baru boleh tau buah durian tu masak ke tidak..

      Padam
  5. Perkongsian yang sangat berguna...

    BalasPadam
  6. alahai si penjual, minta maaf apa salahnya.
    moga dimurahkan rezeki, ramai lagi dtg beli.
    aida kalau beli durian, confirm akan suruh penjual buka setiap pangsa nyer.
    alasan, kat rumah takde parang. and nak tgk elok ke tak isinya.
    setakat ni semua penjual memang buka la durian tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin mata penjual tu cuma nampak duit je, itu yang jadi camtu tapi memang for sure tak pi beli kat sana dah lepassni..

      Padam
  7. kita sebagai pembeli pun kene tahu mcm mana nak pilih. Tapi selalunya kalau kat kampung kita, beli yg tak elok, dia akan bagi tukar. Jangan beli kat dia dah, nak untung je tak ke mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah Hafiza, lesson learnt! Better beli kat tempat lain daripada kasi bisnes pada orang macam ni..

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail