Dua hari lepas, rumah saya diserang kelkatu. Dan dua hari lepas juga baru saya tahu kelkatu akan berubah menjadi anai-anai >_<
Saya bukanlah penakut kepada serangga bernama kelkatu, malahan saya pernah jadikan kelkatu sebagai umpan untuk memancing ikan. Namun semuanya berubah sejak dua hari lepas. Sebaik bangun daripada tidur, saya dah terlihat kelkatu berjalan-jalan atas lantai di dalam bilik saya. Walaupun tidak banyak tetapi ini petanda buruk. Kalau dalam bilik dah masuk kelkatu, maknanya di ruang tamu mereka tentu sedang berpesta.
Buka sahaja pintu bilik, memang betul meriah ruang tamu dengan kelkatu dan sahabatnya berpesta ria! Aduh..banyak kerja saya nak kena buat hari itu. Bukan sahaja di ruang tamu, malahan dalam bilik kakak, bilik tetamu dan di dapur pun mereka ada. Sudahlah masuk ke dalam rumah, sayapnya pula ditanggalkan merata-rata. Seawal jam 7 pagi saya dah mula menyapu sebab risau adik akan bangun. Tentu kelkatu ini dikutipnya masuk ke dalam mulut sebagai hidangan pagi nanti.
Lepas hantar suami pergi kerja (hantar depan pintu sahaja), saya sambung menyapu balik. Semua kelkatu atas lantai saya dah clearkan tapi atas karpet saya semput sikit nak buat. Nak kena angkat karpet keluar rumah dan ketuk bagi hilangkan kelkatu. Leceh dan berat. Jadi sebelum angkat karpet saya sapu dulu di bawah karpet untuk pastikan tiada kelkatu yang tertinggal. Kebetulan ada satu sofa kecil yang saya letak atas karpet, jadi saya alihkan sofa terlebih dahulu dan mula angkat karpet sedikit demi sedikit.
Rupa-rupanya di bawah karpet sekumpulan kelkatu tengah bergayut macam kelawar! Gelinya! Akibat terkejut tengok banyak kelkatu bawah karpet, automatik tangan saya tersapu separuh kelkatu yang tengah bergembira tu. Cepat-cepat saya masukkan ke dalam penyodok. Ini first time saya tengok kelkatu menyorok bawah karpet jadi saya snap beberapa keping gambar. Tapi sayang sebab tak sempat nak ambil gambar semua sebab separuh dah masuk dalam penyodok.
Patutlah kelkatu boleh berubah menjadi anai-anai sebab mereka tinggal di tempat yang gelap dan sempit walaupun di bawah karpet macamni. Cuba bayangkan terdapat banyak kelkatu yang berkumpul di bawah karpet rumah, mesti geli kan? Setelah saya siap sapu semua kelkatu keluar dari rumah, saya sapu pula di kawasan porch kereta.
Saya memang tak tahu yang kelkatu amat setia dan suka duduk dalam komuniti. Bila dah siap menyapu, saya uruskan kerja rumah yang lain sehinggalah tiba waktu nak jemur baju. Saya ternampak kumpulan kelkatu yang telah tercabut sayap tengah elok bergantung di tepi longkang. Banyak! Rasanya mencecah ratusan kalau dikira. Pada ketika itu saya cuma terkejut dan ambil gambar lagi (queen selfie ni). Bukan nak spray ke apa, cuma ambil gambar dan pergi. Hurm..bijak..bijak..
Kemudian saya post gambar menggelikan itu di insta dan salah seorang kawan di insta beritahu yang kelkatu boleh membiak apabila kelkatu jantan bertemu kelkatu betina. Mereka akan mengawan dan mencari tempat tinggal di dalam tanah atau kayu dan seterusnya membentuk satu komuniti baru bernama anai-anai. Oh no! Saya dah terlambat baca dan bila saya nak keluar untuk spray, semua kelkatu yang cantik tersusun tadi tu dah keluar merayap ke sana sini untuk cari tempat tinggal yang baru.
Dengan tak tunggu panjang terus saya spray baygond ke sekeliling rumah hingga ke atas rumput. Satu setengah tin baygond berjaya dihabiskan. Tahniah diri sendiri! Tapi semalam masa saya balik daripada TER, nampak gayanya kelkatu datang lagi menghurung lampu di luar rumah. Kali ini saya dah tahu apa nak buat. Tapi sejak kejadian ini saya rasa saya dah tak suka kelkatu, geli!
Bagi yang menghadapi masalah sama macam saya, di bawah saya kongsikan beberapa cara yang boleh kita gunakan sekiranya rumah diserang kelkatu.
Cara Menghalau Kelkatu
1. Spray dengan baygond
Sapu kelkatu ni elok-elok di satu tempat kemudian spray.
Nanti ajal menjemputlah. Sabaq na..
2. Tutup lampu.
Tapi cuma releven aplikasikan di rumah.
Kalau owner kedai, jangan tutup lampu pulak. Itu namanya halau customer bukan halau kelkatu.
3. Letak besen berisi air paip bawah lampu
Cara praktikal dilakukan kat rumah. Kalau kelkatu jatuh dalam air tu, mereka dah tak boleh keluar. Menjimatkan tenaga sebab tak perlu sapu satu rumah.
4. Sapu plastik atau kertas licin dengan minyak dan gantung pada lampu
Sesuai dilakukan oleh owner kedai. Jangan masa minyak menitik-nitik tu terus gantung kat lampu. Boleh menambah minyak pada hati customer yang tengah sedap melantak kat bawah tu nanti.
5. Ikat beberapa keping cili kering pada lampu
Kelkatu pun tau cili tu pedas. Sebab tu dia tak berani rapat.
6. Gantung plastik di lampu.
Sangkutkan satu pemegang beg plastik pada lampu dan hujung satu lagi biarkan tergantung. Nanti kelkatu terbang di lampu tersilap landing masuk plastik. Bila dah penuh, bungkus simpan elok-elok untuk buat umpan memancing.
7. Tutup lampu dan bakar sampah
Cara ni kejam nauzubillah tapi berkesan :D
Kalau kelkatu dah mula masuk ke dalam rumah dan terus bertambah, takde apa yang boleh dilakukan selain tutup ruang angin di bawah pintu dengan menggunakan kain. Tujuannya adalah untuk elakkan lebih banyak kelkatu masuk. Yang dah bebas bermain dalam rumah tu, terpaksalah bersihkan dengan cara manual, iaitu gunakan penyapu ye :D
Cara saya? Sejak saya mula tahu tentang hubungan kelkatu dan anai-anai ni, saya jadi lebih alert jika ternampak kelkatu. Setiap kali saya nampak ada seekor dua kelkatu yang terlepas masuk ke dalam rumah, saya dah boleh jangka terdapat lebih banyak kelkatu sedang menghurung lampu luar yang terdapat di porch kereta. Jadi, saya akan cepat-cepat tutup lampu porch kereta dan juga tutup ruang angin di bawah pintu menggunakan kain. Dengan cara ni, saya berjaya kurangkan masalah kelkatu di rumah sehingga 99% keberkesanannya tau. Haha..padan muka kelkatu terpaksa cari lampu rumah orang lain :P
Btw selamat mencuba. Kalau dah buat salah satu daripada cara di atas, kongsikanlah cara yang paling berkesan awak dah buat ye.
31 Ulasan
Lagi satu tips nak tambah ni.. bela ayam banyak banyak, nanti kenyang la ayam tu makan kelkatu.. kutip kelkatu tu buat umpan ikan sepat... hehehe
BalasPadamBetulla wak, ayam pun sihat makan makanan organik. Cuma masalahnya saya tak bela ayam. Tapi pernahla memancing guna umpan kelkatu masa kecil2 dulu..
Padambaru tau namanya kelkatu. hehe..
BalasPadamSo sebelum ni ejulz panggil kelkatu ni apa?
Padamdh mula nak masuk muzim hujan ni... mula la dtg kelkatu ni... hehe... berjaga2 nice tips
BalasPadamDah masuk musim ni kak, baru je lepas tutup ruang angin bawah pintu dengan lampu luar rumah tadi..hihi
Padamdulu masa kecik selalu main dengan kelkatu ni.baru tahu kelkatu akan jadi anai-anai..
BalasPadamhttps://aerillhassan.blogspot.com
Kan? Saya pun sama, dah besar baru tau..adui..
Padampaling tension kalau diorang datang berjemaah. Nak sapu satu hal, meremang satu badan sebab geli satu hal
BalasPadamSekarang baru akak rasa geli, dulu selamba je pegang..tapi memang tension nak clearkan kepak2 diorang ni...
Padamanak-anak aida kalu ada kelkatu ni, sure terjerit-jerit.
BalasPadamsebab diorang geli :) ha ha
memang tutup lampu la semua.
bukak lampu kat luar.
Ahahah..boleh bayangkan je budak2 menjerit tengok kelkatu. Mesti comel keletah memasing :D
Padamowh ada banyak cara lin..saya tau satu cara jea iaitu tutup lampu
BalasPadamLepas ni try cara lain pulak wak, mana tau kot2 ngam..
Padammek biasa tutup lampu je. jimat letrik aku. hahaha
BalasPadamAhahaha..brilliant move. Jimat letrik, kelkatu pun tak datang eh?
Padamdulu kecik2 time hujan mesti ada kalkatu dan selalunya cara plg senang gantung plastik laa kat lampu...
BalasPadamSaya tak pernah lekat plastik kat lampu tapi pernah tengok kat kedai-kedai makan kampung guna cara tu, ada yang letak minyak dengan gam jugak tak silap..
PadamDulu pernah satu malam jumpa kelkatu macam hujan, banyak sangat...
BalasPadamGeli tak? Diorang terbang ke time zumal nampak tu? Eee, tak boleh bayangkan kelkatu banyak macam hujan >_<
Padamsemalam tiba-tiba banyak pula kelkatu..dah lama kelkatu tak masuk dalam rumah.
BalasPadamBerubah musim tu sebab diorang keluar kak..kena alert kalau diorang masuk rumah. Kalau tak jenuh nak mengemas..
PadamBanyaknya rini kelkatu tu. Geli pulak tengok. Tapi Ana selalu guna cara 3 dengan 7 tu. So far menjadi.
BalasPadamGeli kan? Haha..saya pun geli jugak >_<
PadamMasuk blog ni sebab nak tgk tips hapus kelkatu..Tension nak urus
BalasPadamLepasni kalau perasan ada seekor dua kelkatu masuk dalam rumah, terus je awak tutup lampu dengan ruang udara bawah pintu. Saya dah lega sekarang takde masalah dengan kelkatu dah..
Padamadoiyaiii mmg tekanan btol lahhh rase mcm nk bako rumah jew nih...
BalasPadamAlamak, sabar penyangak..bulan puasa ni. Tunggu masuk bulan syawal nanti boleh bakar la rumah tu ye :D
PadamTengah musim ni. Slalu tutup lampu dlm rumah je. Tp kt luar jgn ckapla esok pagi memang menyapu. Tq sharing tips.
BalasPadamWelcome. Semoga bermanfaat wak :)
PadamAkhir2 Ini rumah saya pun diserang mereka... Beberapa kali masuk Krn lampu hidup. Saya bingung masuk dr mana. Krn seringnya rumah tertutup, karpet pun tak pasang. Seragam memang.
BalasPadamApalagi mereka ada relate Ama rayap. Geli sangaaat.
Kalo mereka dah masuk, pastilah saya matikan lampu lalu semprot Baygon juga kak.