Cermin Kenderaan Dipecah dan Barangan di Curi


Kejadian cermin kenderaan jabatan suami saya dipecah dan terdapat barangan yang dicuri baru berlaku semalam.

Jadi entry hari ni saya nak berkongsi cerita tentang kejadian yang berlaku, sebagai peringatan kepada sesiapa yang berada di sekitar tempat kejadian agar berhati-hati dan jangan bersikap sambil lewa dalam menjaga barangan peribadi. Kalau dah hilang, banyak kerja pulak nak kena buat yang baru. Bertabah je lah sebab salah diri sendiri kan.

Alkisahnya, pada hari kejadian suami saya menyertai operasi bersepadu di sekitar bandar Kuala Terengganu bersama rakan sepejabat dengan menaiki kenderaan jabatan. Setelah masuk waktu maghrib, mereka berhenti solat di surau Bukit Depu yang terletak di Jalan Pasir Panjang. Lokasi surau terletak betul-betul di tepi jalanraya.


Cermin Kenderaan Dipecah dan Barangan di Curi


Kebetulan pada masa kejadian, suami saya meninggalkan beg sandang yang sering dipakainya di dalam van untuk menunaikan solat maghrib. Nak dijadikan cerita lagi, semua rakannya juga pergi menunaikan solat dan tiada siapa yang berada di dalam van pada ketika itu. Sebaik habis berdoa dan berehat sebentar, suami mendengar bunyi alarm van berbunyi bingit. Beliau bingkas bangun melihat van dan ternampaklah kesan pecah di cermin tengah van.

Setelah di selidik, ternyata terdapat beberapa barangan yang telah hilang. Antaranya beg sandang suami, 2 vest dan 1 kunci kereta. Malangnya suami mengalami kerugian terbanyak kerana di dalam beg sandangnya bukan sahaja terdapat wallet malahan kunci motorsikalnya juga disimpan di dalam beg sandang tersebut. Nasib baik beg rakan sepejabatnya yang lain tidak sempat diambil oleh si pencuri.

Laporan polis telah dibuat pada hari kejadian dan polis memaklumkan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan panas. Sebab itu si pencuri berani mencuri walaupun kedudukan van adalah di tepi jalanraya. Mungkin beliau seorang yang profesional agaknya dalam kerjaya ini. Meskipun cermin kenderaan di tinted gelap, namun beliau masih dapat mengambil beg sandang suami. Jadi andaian polis yang si pencuri dah siap suluh dengan torchlight phone terlebih dahulu sebelum pecahkan cermin.

Disebabkan ini adalah pengalaman pertama saya jadi saya agak bimbang sedikit. Padahal bukan saya yang alami kejadian ini, suami yang kena. Banyak jugak duit yang hilang, tapi kami anggap tak ada rezeki. Mungkin Allah nak beri sesuatu yang lebih baik lepasni. Kami doakan semoga si pencuri diberi hidayah oleh Allah untuk bertaubat dan insaf.

Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Hikmahnya kami belajar untuk lebih waspada selepas ini. Jangan tinggalkan barangan penting dalam kenderaan. Kalau boleh pastikan ada yang berkawal dalam kenderaan jika banyak barang berharga dibawa. Selain itu, sentiasa redha jika berlaku perkara buruk yang tidak diingini. Sesungguhnya rahmat Allah itu luas.

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Allahu Rabbi.. salam takziah sy ucapkan.. zaman skrg mmg kena berhati2 lebih drpd biasa.. kalu kat sepang nie lagi la, ada jea kes kecurian dlm kereta..mcm baru2 nie kat masjid kg saya tue ada kejadian kecurian semasa org sedang berjemaah solat isyak, org tue kehilangan laptop dan barangan berharga yg lain yg dikatakan singgah ke masjid utk solat sebelum balik ke rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ma shaa Allah kesiannya orang yang nak menumpang solat tu. Semoga ada rezeki lebih baik lepasni. Thanks Shikin :)

      Padam
  2. Ya Allah, jahatnya manusia! Bahayanya sekarang ni. Macam2 kes berlaku. Dulu , mak saudara saya kena juga dkt kawasan KL, pecah cermin dan amik brg2 dalam kereta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hilang pertimbangan bila nafsu menguasai. Takpelah, mungkin nak dapat rezeki lebih baik lepasni. Semoga pencuri tu insaf..

      Padam
  3. Allah.. Memang bahaya meninggalkan barang berharga dalam kereta.. Berani betul orang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berani sebab pecahkan cermin kereta depan surau tepi jalanraya. Mungkin terdesak agaknya, semoga beliau insaf lepasni. Kesian orang yang nak menumpang solat di surau..

      Padam
  4. allahuakbar...jahatnya org sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahu nak kata apa CikNor, semoga Allah buka hati dia untuk bertaubat lah.

      Padam
  5. hrp si pencuri akan 'kepanasan' smpi laa brg dipulangkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin dah tak dapat barangnya Anies tapi takpelah. At least ada benda kitorang boleh belajar dan semoga si pencuri tu bertaubat..

      Padam
  6. bahaya betul.. kat tempat ibadah pun buat kerja camtu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak terfikir pada kita kan? Berani betul orang zaman sekarang..hurm..

      Padam
  7. ya allah kesiannya.. adik ipar mama pun kena pecah cermin kereta.. puncanya dia letak beg kat seat depan. masa pergi kenduri kahwin kat dewan pula tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahaya tu, duit hantaran pengantin dalam bilik pun boleh hilang inikan pula beg yang letak dalam kereta. Bersabar je la, mungkin rezeki mereka..tapi harap mereka bertaubat lah lepasni..

      Padam
  8. Barang berharga sebenarnya tak boleh tinggal dalam kereta,ia mengundang penjenayah.. Tapi kalau dah nak jadi, jadi juga.. Diharap jadi peringatan lepas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah tak buat lagi macamni. Nak dijadikan cerita, biasa suami bawak kesana sini beg tu. Kebetulan masa hari kejadian dia tak tahan nak ke toilet, tinggalkan dulu dalam kereta. Thanks untuk ingatan :)

      Padam
  9. Ayah Hana pun pernah kena jugak kes kecurian... dan alhamdulillah,ada hikmah disebaliknya yg Allah nak tunjuk :') tak apa kak,Allah maha adil! Stay strong tau kak!! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada hikmahnya kan? Sebab kami belajar untuk lebih berhati-hati. Semoga ayah Hana diberi rezeki yang lebih baik lepasni..

      Padam
  10. allahu dugaan besar ni tapi semoga tabah ye akak sekeluarga. Mesti trauma sikit bila jadi macamni. Bertabah ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trauma jugak sikit walaupun bukan akak yang kena tapi kami belajar perkara baru jugakla. Thanks Pana :)

      Padam
  11. Itulah kerja perompak, pencuri, perampok... penyamun di dalam ini negeri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..teringat kat cerita P.Ramlee pulak. Dah lama tak tengok si Pak Belalang tu :D

      Padam
  12. Dalam famili zumal pun ada yang jadi kejadian macam ni. Kita tak boleh memperlihatkan barang berharga atau apa-apa saja semasa meninggal kenderaan di parking, walaupun hanya smartag yang dibiarkan lekat di cermin, bahaya sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Zumal, memang salah husband jugak letak barang macamtu je dalam kereta. Semoga beliau beringatla lepasni..thanks ye :)

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail