Pewarna Masakan Daripada Serangga

Hari Raya bakal menjelma tak lama lagi. Pasti ramai yang telah mula menjual dan membuat biskut raya. Saya pun tidak terlepas daripada membuat biskut raya kegemaran untuk santapan ketika lebaran nanti. Tidak kurang juga yang dibeli khusus untuk mak dan ayah kedua belah keluarga di kampung.


Minggu lepas saya pulang ke kampung seperti rutin mingguan biasa. Selain balik ke rumah ibu dan ayah, kami juga pulang melawat mak dan ayah mertua. Kebetulan ketika saya sampai, mak dan ayah mertua sedang berbual di dapur. Jadi saya pun menyibukkan diri duduk di dapur untuk join menyembang :P




Tengah rancak bersembang, mak mertua beritahu pewarna untuk buat kek sudah habis. Terus saya teringatkan tentang pewarna merah yang saya pernah baca sebelum ini. Saya minta mak ambilkan pewarna merah yang digunakannya untuk masakan. 
Sah! Mak guna pewarna merah daripada cochineal.


Pewarna Masakan Cochineal daripada Serangga

Disebabkan mak dan ayah tidak tahu tentang pewarna tersebut, jadi saya beritahu tentang apa yang saya tahu. Tahu tak kawan-kawan pewarna merah yang ditulis cochineal itu sebenarnya diperbuat daripada serangga? Nama cochineal itu sendiri berasal daripada nama serangga tersebut. Jika anda tak percaya, lihat gambar yang diambil daripada Google di bawah. 




Pewarna Masakan Daripada Serangga



Asid carminic yang diekstrak daripada cochineal betina digunakan untuk menghasilkan carmin, yang memberikan hasil berwarna merah untuk digunakan sebagai pewarna dalam industri makanan. Badan cochineal terdiri daripada 19-22% asid carmin. Cochineal akan melalui proses samada melalui rendaman dalam air panas atau pendedahan kepada cahaya matahari, stim atau haba oven untuk tujuan mendapatkan carmin.


Asid carminic yang telah dikeluarkan samada daripada badan atau telur cochineal ini kemudian akan dicampur dengan aluminium atau garam kalsium untuk menghasilkan pewarna berwarna merah tua atau dikenali juga sebagai cochineal. Lima (5) kilogram cochineal boleh menghasilkan satu (1) kilogram carmin. 


Penggunaan cochineal didapati boleh membunuh mikroorganisma beracun dan tidak merbahaya kepada badan manusia. Penggunaannya juga adalah sangat sedikit iaitu dalam kadar 0.003 - 0.006 %.
Tiada kesan sampingan jika memakannya. 


Apa hukum memakan cochineal?


Menurut pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah dalam Kitab Hasyiah I'anah al-Talibin, penggunaan serangga ini dibolehkan memandangkan ia merupakan jenis binatang yang tidak mengalir darahnya. Kesimpulannya, penggunaan cochineal sebagai pewarna makanan dalam kuantiti yang kecil dan tidak memudharatkan anggota badan adalah dibenarkan dan harus. 

Pewarna Masakan Daripada Serangga

Walaupun harus, tapi saya dah tukar pewarna merah yang lain. Tak pakai dah cochineal, sekarang pakai pewarna merah ros. Kawan-kawan macammana pulak? Lepas baca ni, nak pakai lagi tak pewarna cochineal :D


Maklum Balas daripada Pembaca

Saya terima maklum balas daripada pembaca prihatin mengenai pewarna cochineal ini. Maaf jika saya terlambat berkongsi dengan pembaca yang lain. Jadi di sini saya kongsikan maklumat yang saya terima.


Mengarut.. ini bukan pewarna serangga. Ni pewarna sintetik. Dah jelas tulis 
pewarna cochineal tiruan.

Sebagai contoh pineapple flavor dengan pineapple artificial flavor ada 
beza. Perasa nenas adalah perasa organik sedangkan artificial flavor adalah 
berasaskan  synthetic. Xde kena mengana dengan zat organik nenas. Tp dalam 
industri makanan kalau tulis pineapple flavor tu adalah synthetic. Sebap 
kalau organik biasa pengeluar akan tulis organik supaya kalau letak harga 
mahal orang xrasa pelik misalnya dye tulis organic pineapple flavor.

Sama halnya dengan minuman. Kalau tulis minuman berperisa/ kordial maknanya 
sah perasa tiruan. Jus berperisa/ atau apa sahaja dengan tag perasa asli 
atau dengan ekstrak buah sebenar ia mengandungi ≥ 25% buahan asli atau 
ekstrak perasa asli dan boleh ditambah perasa tiruan untuk menguatkan rasa.

Sy xbackup brand perwarna ni. Sy bercakap sebap sy dalam industri 
pengilangan makanan


Terima kasih kepada encik yang telah memberi komen mengenai pewarna cochineal ini. Bila difikir-fikir, betul juga apa yang dikatakan oleh beliau. Apa rajin sangat company nak tangkap cochineal sekor-sekor semata-mata nak buat pewarna masakan. Baik buat pewarna sintetik je. Haiya, harap maaf ya. Otak saya tak berhubung sewaktu berkongsikan mengenai pewarna cochineal ini 😂

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Artikelnya bermanfaat sekali,sebab menambah pengetahuan buat kami semua. Terima Kasih Admin. :)

    BalasPadam
  2. ish3.. mcm2 je skang ni.. mcm mana la boleh terlepas di pasaran.. ermm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sebab ia diharuskan dan tak merbahaya, jadi ia diluluskan kat Malaysia Ejulz. Cuma kita kena pandai memilih je lah kan..

      Padam
  3. tak sangka daripada serangga, tapi sebelum ni memang guna pewarna ros je tak pernah lagi beli brand tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke? Saya selalu pakai cochineal ni dulu. Dah tau terus stop beli..

      Padam
  4. Omg, baru tau. Thanks for sharing...

    BalasPadam
  5. Baru tahu.. dah tahu nie memang tak pakailah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Saya pun sama..geli pula bayangkan perut serangga tu pecah-pecah..aish

      Padam
  6. patutla sepupu CT penah suruh pegi beli yang lain. dia xmo yang cochineal tu. walaupun x bahaya tapi krik krik jugak la hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun nak join berkrik krik jugak..xlalu nak makan kan..

      Padam
  7. xpenah beli kecuali yg kaler hijau ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik, kenapa warna hijau je? Tak suka guna kaler lain ye?

      Padam
  8. Tak pernah guna pewarna merah ni pun baru taw tq ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai jugak ye yang tak pernah guna pewarna cochineal ni..tapi apsal kat rumah mak saya banyak? Huhu..

      Padam
  9. Dah tulus tu cohineal tiruan...jd bon dibuat drp coheneal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut kefahaman saya, pewarna itu ditulis tiruan sebab dibuat dengan cochineal bukan bermaksud cochineal tiruan tu pewarna tiruan untuk cochineal. Kenapa nak buat pewarna tiruan cochineal sedangkan cochineal tu bewarna merah. Cuba awak fikir, logik tak?

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail