Saya telah menukar template mesra SEO beberapa hari lalu.
Disebabkan ada sahabat blogger yang bertanya cara menukar template mesra SEO, jadi kali ini saya ingin berkongsi tutorial menukar template asal kepada template mesra SEO.
Sebelum itu, anda boleh download template mesra SEO secara percuma di Gooyaabitemplates.
Pilih template yang anda kehendaki di laman web tersebut. Klik Live Preview untuk mengetahui pilihan warna template yang disediakan.
Kemudian download template pilihan anda.
Seterusnya..
Dalam komputer anda, fail yang didownload adalah dalam aplikasi WinRAR. Klik dokumen yang telah didownload dan pilih dokumen yang mempunyai format .xml di belakangnya. Anda hanya perlu gunakan dokumen berformat .xml ini semasa proses tukaran template. Abaikan dokumen yang lain.
Copy dokumen .xml ini ke dekstop untuk memudahkan proses menukar template dijalankan.
Pergi ke dashboard blogger anda.
Klik Template > Back up/ Restore > Choose file
Kemudian pilih dokumen .xml yang telah di save di dekstop tadi.
Klik Upload.
Siap!
Jika anda tidak berpuas hati dengan template baru dan ingin menggunakan kembali template asal, anda cuma perlu upload kembali template asal yang telah di back up sebelum ini.
Itulah sebabnya kenapa kita perlu buat back up terlebih dahulu sebelum menukar template lain.
Senang bukan?
24 Ulasan
Senang tu memang senang tapi nak kena masukkan balik sitemap semua tu leceh sikit la hehe
BalasPadamBetul tu..itu pasalla sampai sekarang pun tak siap lagi nak adjust header kat atas tu..huhu
Padamtampak mudah tp rs nyer mmg akan tekial2 jg laa nk buat nnt hahahah. sapa? sy laa tu ;-)
BalasPadamEh, entry ni untuk awak la Anies. Aritu ada tanya macammana nak tukar kan
Padamsalam singgah. Langkah demi langkah yang jelas
BalasPadamThanks sudi singgah sini FHA :)
Padammcm susah je.. hehe
BalasPadamSusah eh? Try buat dulu, xjadi..xtau ye :P
Padamshu pun dari gooyaabitemplates jugak :)
BalasPadamBanyak pilihan gooyaabitemplates ni kan?
PadamPernah jugak terfikir nak bagi blog bermesraan dengan SEO.hehe tapi bila fikir2 balik... blog Hana tu level2 diary ja hahah >_<
BalasPadam.
Thanks for sharing kak!! :3
Akak baru nak bermesra dengan SEO Hana sebab fikir untuk long-term berblogging. Nanti kalau Hana nak tukar template baru, mai refer sini okey
PadamWajib back up template dulu sebelum tukar blog template. Kot2 senang nanti nak tukar balik in case tak suka template baru :D
BalasPadamBetul tu..kalau hilang semua, jenuh nak menggodek balik satu persatu kan
Padammenarik info ni. #blogwalking here
BalasPadamThanks sudi singgah sini :)
Padambab template paling malas nak tukar. Tapi gaya macam senang je nanti boleh buat rujukan. Thanks kak auni :D
BalasPadamWelcome..nak tukar template memang senang Farhanna tapi nak mengedit balik semua widget tu memang amek masa jugak..
PadamMenarik ni, nanti nak try juga la
BalasPadamSilakan Zumal..eh tapi dah tukar template baru kan kat blog awak? Baru blogwalking petang tadi
Padamteruskan sharing nih, dah lama saya tak guna blogspot
BalasPadamOh sekarang guna Wordpress ye? Tak berapa pandai saya nak guna Wordpress :D
Padamnice share..
BalasPadamThanks Pha Is :)
Padam