Cara Mudah Solat Sunat Taubat


Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa, tidak kira samaada dosa besar mahupun dosa kecil. Walaupun cuma perkataan yang terdetik di dalam hati, dosa kecil itu boleh menjadikan hati seseorang mati jika kerap dilakukan dan tidak segera bertaubat kepada Allah. Apabila hati mati, maka semakin mudahlah syaitan memasukkan jarumnya sekaligus semakin jauhlah seseorang manusia tersasar untuk mudah melakukan maksiat.


Cara Mudah Solat Sunat Taubat


Selain daripada bersegera istighfar setelah melakukan maksiat, kita disarankan untuk melakukan solat sunat taubat. Tujuannya adalah untuk memohon keampunan kepada Allah dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. Tiada syarat solat ini hanya dilaksanakan setelah melakukan dosa semata-mata, sekiranya menjadi amalan harian dalam mencari redha Allah, itu juga amat disukai oleh-Nya. Malahan hati kita juga akan berasa lebih tenang dan bahagia.


Cara Mudah Solat Sunat Taubat



1. Niat solat sunat taubat
"Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat, dua rakaat tunai kerana Allah Taala"

2. Pada rakaat pertama, disarankan membaca surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun

3. Pada rakaat kedua, disarankan membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

4. Selepas salam, perbanyakkan beristighfar kepada Allah

*Jika tidak hafal surah di Al-Kafirun atau Al-Ikhlas, boleh ditukar dengan surah lain




Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui samaada taubat hamba-Nya diterima atau tidak. Sentiasalah tingkatkan amalan dalam mencari keredhaan Allah. Bukan disebabkan oleh banyaknya amal ibadah penyebab seseorang masuk syurga, akan tetapi disebabkan oleh keredhaan Allah lah yang membolehkan mereka memasuki syurga.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Thanks for the nice sharing kak!! ^^ Hana selaku pacal manusia yg hidup dalam kehinaan kena rajin2 buat solat taubat... takut nanti esok2 "babai" tak tertanggung dosanya T^T T^T T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kes dengan akak pacal yang hina jugak ni, kena banyakkan solat sunat dan taubat..

      Padam
  2. Nice sharing, semoga kita semua memperbanyakan amalan demi bekalan bertemuNya

    BalasPadam
  3. info berguna. tima kasih awak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome Hannan, semoga sama2 beroleh manafaat :)

      Padam
  4. mudah je kan tapi kita nak buat tu berat betul rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tak pernah nak konsisten..harap sangat berubah tapi xberubah jugak..aish

      Padam
  5. Semoga menjadikan solat ini sebagai amalan..

    BalasPadam
  6. Thanks sharingnya.. Manfaat bagi hamba yg banyak dosa seperti saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk panduan saya jugak yang banyak buat dosa..hurm..

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail