Kutu beras atau dikenali juga dengan nama panggilan bubuk merupakan makhluk kecil yang tidak disukai oleh golongan surirumah tangga. Selain menjadi penyebab sakitnya pandangan mata melihat beras, ia juga menjadi punca beras simpanan di rumah semakin menyusut. Bukan itu sahaja, proses memasak nasi juga akan menjadi lebih panjang memandangkan perlu membasuh beras berulangkali untuk membuang kutu beras ini terlebih dahulu. Jika ada seekor dua yang terlepas masuk ke dalam periuk nasi, boleh menjadi penyebab putus selera. Sudahlah menumpang di rumah orang secara percuma, suka pula mencuri beras..itulah dia si kutu beras.
Tahukah anda kutu beras sangat bencikan bau yang terlalu kuat. Jadi untuk menghalang pertambahan kutu beras ini, kita boleh meletakkan bahan alami yang berbau kuat ke dalam bekas simpanan beras untuk mencegah kehadiran makhluk halus ini. Namun harus diingatkan, jika bau bahan-bahan ini semakin hilang, kutu beras akan kembali bermaharajalela. Pastikan kerap menukar bahan alami ini setelah baunya hilang untuk memastikan beras anda bebas dari kutu.
Tips Menyimpan Beras Selamat Dari Bubuk

Gambar dari Google |
Tips Menyimpan Beras Selamat Dari Bubuk
1. Kulit kayu manis
Ambil beberapa batang kulit kayu manis dan masukkan ke dalam bekas simpanan beras. Selain, mampu menghalang kutu beras hadir ia juga menghasilkan aroma harum yang menyenangkan.
2. Cili kering
Letak beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Baunya yang menyakitkan hidung mampu menghalau kutu beras dari membiak. Namun cili kering ini perlu ditukar setelah baunya hilang.
3. Daun pandan
Ambil beberapa helai daun pandan yang kering dan masukkan ke dalam bekas simpanan beras. Ia juga akan menghasilkan bau yang harum dalam bekas simpanan anda.
4. Asam keping
Masukkan beberapa asam keping ke dalam bekas simpanan beras untuk menghalau kutu beras dari hadir dan membiak. Bau masam yang terhasil dari asam keping merupakan bau yang tidak digemari oleh kutu beras.
5. Daun limau purut
Masukkan beberapa helai daun limau purut yang telah dibersihkan ke dalam bekas simpanan beras. Cara ini membantu menghalau kutu beras kerana bau yang terhasil. Anda juga akan mendapat aroma harum apabila membuka bekas simpanan beras.
6. Serai
Masukkan serai ke dalam bekas simpanan beras. Pastikan serai kering dan tidak basah sebelum dimasukkan ke dalam bekas simpanan beras.
7. Daun belimbing buluh
Daun belimbing buluh juga mampu menghalau kutu beras dari bermaharajalela dengan cara meletakkan beberapa keping daun ini ke dalam bekas simpanan beras. Lihat hasilnya selepas beberapa hari.
8. Bawang putih
Bau yang terhasil dari bawang putih bukan sahaja tidak menyenangkan bagi manusia tetapi juga bagi kutu beras. Masukkan beberapa biji bawang putih ke dalam bekas simpanan beras. Tetapi pastikan untuk menukar bawang putih baru sekiranya bau telah hilang.
Jika tiada bahan-bahan seperti di atas, anda juga boleh gunakan cara dibawah untuk menghilangkan kutu beras dalam bekas simpanan anda.
1. Jemur beras di bawah cahaya matahari
Letak beras di dalam bekas bersaiz leper dan biarkan di bawah cahaya matahari untuk seketika. Pastikan selalu menguis ke dasar bekas untuk memastikan tiada kutu beras yang bersembunyi. Kutu beras akan keluar dari bekas simpanan akibat kepanasan.
2. Tutup dengan tuala lembab
Buka penutup beras dan tutup di atasnya dengan tuala lembab bersaiz kecil. Dengan cara ini, kutu beras yang berada dalam bekas simpanan akan menuju ke tuala lemmbab dan melekat di situ kerana kutu beras sukakan tempat yang lembab. Sekiranya tuala lembab telah dilekati banyak kutu beras, buang kutu beras dengan cara membasuh kasi lembab tersebut. Ulangi proses sehingga tiada lagi kutu beras yang kelihatan.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk beku.
Anda cuma perlu menyimpan beras di dalam peti sejuk beku selama 3 hari. Selepas 3 hari, keluarkan beras dan simpan di dalam bekas simpanan beras seperti biasa. Walaupun cara ini agak melecehkan kerana perlu menyimpan beras di dalam pek-pek kecil untuk diletak di dalam peti sejuk beku, namun ia dapat mengelakkan telur kutu dari membiak serta mampu membunuh kutu dewasa sekaligus memudahkan proses membasuh beras dilakukan.

18 Ulasan
Kutu beras ni memang mudah sangat bermastautin bila agak lama beras tersimpan....sedihnya....
BalasPadamKan? Saya pun ada problem dengan kutu beras ni..rasa macam nak declare war je dengan mereka
Padamwah ..bagus juga tip ini.
BalasPadamboleh la saya cuba nanti
Cuba ye mrhanafi tapi bila dah hilang bau nanti kena tukar, kalau tak memang kutu beras tu bermaharajalela jugak
Padamselalu shu letak cili kering. hihi rupanya banyak lagi tips yang boleh di guna. terima kasih :)
BalasPadamDulu saya letak cili kering tapi kutu beras ada jugak. Rupanya kena tukar bila bau dah hilang..baru tau jugak
PadamUmi buat 1, 2 dan 3 petua tu sbb ikut apa yg mak buat hehe..mmg berhasil. Apa-apa pun good sharing
BalasPadamMenjadi ye? Saya baru nak cuba ni..
PadamPerkongsian yang sangat bermanfaat ^_^ kutu beras ni memang annoying dan sewajarnya dihapuskan muahahah >_<
BalasPadamSetuju! Kita wajar buat group 'hapuskan kutu beras'. Nak join tak Hana? Haha
PadamTrimas atas perkongsian :)
BalasPadamWelcome Plain :)
Padamselalu yg sy guna cili kering laa... sbb yg tu je laa yg selalu teringat
BalasPadamSaya pun sama tapi tak tahan lama lah, kena selalu tukar cili kering yang baru setiap kali hilang bau dia
PadamPerkongsian yang ohsem..
BalasPadamThanks Sha :)
PadamPatutlah selalu nampak orang letak cili kering dalam bekas beras diorang. Sebab ni rupanya! Thanks kak auni :D
BalasPadamWelcome Farhanna :)
PadamLepasni tak pelik dah ye