Urghh..semalam terbaca satu post tentang sardin bercacing yang dimasak oleh seorang user Facebook. Terus tak dapat tidur malam. Terasa gatal satu badan jadinya sampai bangun mandi jam 4 pagi semata-mata nak kasi hilang gatal pada badan. Tapi gatal jugak..aishh.
Pagi ni bangun dengan mata panda :(
Nak dijadikan cerita, petang sebelumnya saya dengan rajin buat roti gulung sardin sebagai menu minum petang. Hajat di hati, nanti suami balik boleh makan petang sambil sembang-sembang minum kopi.
Masa nak masak, macam biasa masukkan kuah dulu dalam kuali kemudian baru masukkan ikan. Time nak masukkan ikan tu lah baru perasan kat perut ikan sardin tu macam ada isi perut lagi which is najis ikan. Kuis bahagian perut tu dan buang. Terfikir jugak dalam hati 'diorang buat ikan sardin ni tak siang dulu ke ikan, main letak sekor-sekor macamtu je ke? Senang kerja lah camtu'.
Sambil fikir tu proceed jugak masukkan ikan dalam kuali. Yelah sebab atas kuali dah mendidih, takde fikir panjang cuma nak siapkan masak je lah. Elok pulak malamnya terbaca pasal sardin bercacing tu. Aish..geli satu badan. Siap pesan kat suami tolong belikan ubat cacing arini..haha
Yang jadi gatal satu badan tu pasal boleh terus relate kan kejadian perut ikan dalam sardin tadi dengan cacing yang user Facebook tu jumpa. Banyak kot cacing kecik-kecik yang dia kutip. Mana datangnya cacing tu kalau bukan dari isi perut ikan a.k.a najis a.k.a tahi ikan. Maknanya mungkin memang diorang buat sardin ni tanpa siang terlebih dulu. Cuba fikir logik, mana datangnya cacing banyak macam tu kalau perut ikan dah dibuang dan disiang bersih?
Bangun pagi tadi terus buang stok sardin kat rumah. Maaflah kalau bunyi macam membazir tapi makan makanan yang mengandungi najis which is tak buang isi perut, adalah haram kan? Tambah lagi yang boleh memudaratkan kesihatan. Itu yang nekad buang tu. Walaupun tak confirm jenama tersebut bebas cacing atau tidak, tapi saya tak berani nak makan dah. Lepasni say no to sardin..
Time menaip ni pun terasa lagi kegatalannya.
Atau adakah disebabkan saya memang seorang yang gatal..hurm..
**Nota kaki **
Sehingga saat ini, dua jenama sardin yang telah disahkan mengandungi cacing adalah TLC dan RANESA.
Untuk update terbaru tentang jenama sardin yang mengandungi cacing, boleh baca senarai di >> Sembilan Jenama Sardin Yang Mengandungi Cacing.
**Nota kaki **
Sehingga saat ini, dua jenama sardin yang telah disahkan mengandungi cacing adalah TLC dan RANESA.
Untuk update terbaru tentang jenama sardin yang mengandungi cacing, boleh baca senarai di >> Sembilan Jenama Sardin Yang Mengandungi Cacing.
42 Ulasan
ni yang viral cakap ada cacing dalam sardin tu kan? Allah. takutnyaaa tengok! kena pantang jap makan sardin. huks
BalasPadamAah Azah..saya dah tak berani nak makan sardin dah >_<
PadamKembang tekak pulak...ni jadi risau dan berbelah bahagi hati nak beli sardin...
BalasPadamTakut dah nak makan sardin rasanya..tengok tin sardin pun dah kemurungan :(
Padamowhhhh
BalasPadammacam mak den...dia basuh dulu ikan sardin tu...
kuah tak ambil...so dari situ boleh tahu bersih ker tak
setakat nih tak pernah dengar lagi bab cacing tu
lepas nih kena lebih berhati2 :)
Abes tu mak Hans masak ikan je pastu buat lauk lain ke? Atau buat kuah sardin homemade?
Padamada jugak baca tu...kebetulan masa baca tu, mmg baru lepas mkn sardin...mmg mknn pon masih duk joget2je dlm perut sbb mmg baru lagi...bila dah baca, halllamakkkkk...rasa nak termuntah la pulak...aduiii laaa...pasni mmg fikir jugak la kalo nk beli kan...padahal sardin ni la makanan time hujung bulan...aiiishhh la....sabar jela hai..
BalasPadamSama nasib kita CikYan..kemurungan lepas baca tu. Rasanya memang boikot sardin lepas ni..nightmare >-<
PadamGrr!! honestly Hana scroll ke bawah sambil tutup mata hahaha! ^^ bergegar otak dibuatnya T^T
BalasPadamErgh..Hana bergegar otak jer..orang yang makan ni tak ke otak jatuh terus tak sempat kutip?
PadamTak terjumpa pula post ini di FB tapi tak semua jenama kot.. Ada sesetengah jenama je rasanya yang masih ada bahagian perut tu..
BalasPadamDi FB dia pakai brand TLC tapi saya pakai brand lain masa masak ni. Tapi mungkin jenama lain ada yg elok cuma sy dah takut nak makan..aduii
PadamAlamak, tak nak la beli sardin lagi pasni
BalasPadamTakut kan..saya pun boikot sardin sekarang. Nak makan sardin, masak sendiri je la lepasni
PadamIiihh... aaahh.. merinding bacanya. Lihat gambar from google itu, Abby rasa jijik sangat. Ngeri ya... Abby tak mau bali Sarden lagi.
BalasPadamBoleh kalau nak makan sardin Abby, either buat sendiri atau beli sardin cap Ayam Brand tapi harga agak mahal sikitla..
PadamYerlepas QC kot sardin2 tu..nak pulak sardin tu dari negara luar yang di bawa masuk ke negara kita..lepas ni ni walau jenama tempatan kena hati2 la masa nak masak sardin tu..
BalasPadamRasanya bukan terlepas QC Amanda sebab dalam kuantiti yang besar ada cacing, maybe penyediaan diorang tak berapa bersih. Lepasni kena telek betul2 sebelum masak, lepastu cuma boleh beli Ayam Brand je..hurm..
PadamTekak nie pagi tadi baru teringin nak makan sardin extra cili padi. Lepas baca, terus rasa geli!!!
BalasPadamPlease jangan makan Eyqa sebab nanti dapat gatal-gatal badan macam saya aritu. Cuma taktau gatal sebab apa. Gatal sebab cacing ke atau memang sebab saya seorang yang gatal..hurm..
PadamAlamak! Menggelikan! And boleh buat sakit perut kot gini. Alahai...
BalasPadamAida peminat sardin tau. Maintain beli ayam brand. Mahal. But so far aida belek ikan nya (lepas viral ulat sardin) ok bersih.
Hati kau kental Aida (tukar nama dari Roy)! Saya dah mimpi ngeri nak makan sardin lagi sekarang, nanti rasa keberanian tu datang balik, baru makan. Sekarang, ban!
Padamitu sardin dari china kan, bukan sardin Malaysia.. kena jaga-jaga jugaklah.. check dulu sebelum masak pas ni
BalasPadamAah, rasanya semua import from China. Dah tau macam ni, rasanya taknak makan langsunglah sardin, geli..hurm
PadamApa pun jenama kena check dulu sebelum masak. Syira pn penggemar sardin jugak. Selalu beli jenama king cup & adabi je..
BalasPadamSyiera, King Cup pun positif ada cacing jugak. Boleh baca entry saya pasal '9 Jenama Sardin Yang Mengandungi Cacing'. Mohon jangan makan lagi King Cup tu..
PadamReading your post, don't think l will eat sardine anymore. Gelinya...
BalasPadamMe too..after read my own post, definitely will ban all sardines from now on..disgusting!
PadamMemang ada baca yang dua jenama yang dah ditarik balik dari pasaran kerana masalah cacing ni dan yang baru kita ada baca juga jenama yang satu lagi ada cacing tapi tak tunjuk dalam akhbar tu lak gambar patutnya kerajaan lebih telus tentang isu keselamatan rakyat biar produk tu kena boikot pun tak apa janji rakyat selamat...
BalasPadamSetuju. Kalau tak beritahu jenama, rakyat jugak yang jadi mangsa. Tapi sekarang dah keluar 9 jenama yang positif mengandungi cacing tau. Awak boleh skrol entry baru saya. Semua brand ada dalam tu..
PadamTerus kembang tekak kan. Hahaha. Masa dulu cuba juga sardine jenama lain. Tp tak tahan bau. Saya hanya bleh tahan dengan jenama ayam brand je kak. Alhamdullilah dr dulu sampai sekarang masih di jaga kebersihan dan tiada complain utk jenama ayam brand ni. Dulu sardine ni makanan org miskin kan kak. Saya miskin la tu. Takda duit beli lauk. Beli sardine. RM 3 setin. Sekarang tengoklah semua above RM 5. Wakaka tak mampu dah. Tin kecik je kot. Saya suka masak sardine makan dengan chapati. Ni masak kat rumah. Kalau kat kedai, lg geli nak order roti sardine or apa2 sardine. Sebab mereka pasti guna jenama murah. Wuwuwuw ewwww
BalasPadamNasib baik awak Ruby..saya tak beli Ayam Brand sebab harga tak mampu milik, RM8 kot satu tin. Tapi bila dah jadi macam ni saya rasa menyesal pulak. Bayar untuk makan cacing, lagi membazir..hurm..
Padamsardin ni dah la mahal. tak bersih pulak tu. nasib baik tak minat sangat mkn sardin. tapi kesian juga brand lain yang bersih
BalasPadamAah kan. Mesti brand yang elok tu terkesan jugak dengan berita ni. Kalau satu brand je mungkin orang tak risau sangat tapi bila dah 9 brand ada cacing, memang ramai yang boikot makan sardin lagi lepasni rasanya..
PadamI pun dengar tentang berita ni kat radio.. oh my! Memang ada cacing ni.. geli nya.. tak mau makan sardin d..
BalasPadamYes! Sekarang dah confirm memang ada cacing dalam 9 brand sardines pulak tu. Gelinya..
PadamHuhu baru makan sardin pagi td. Tapi tak tau brand ape. Erk geli pulak rasa
BalasPadamBertabahla Hasanah, lepasni dah boleh boikot sardin rasanya >_<
PadamTadi baru masak sardine...dok korek2 gak nak tengok ada cacing ke idok. Tapi alhamdulillah tak ada sb bukan dari brand yg di tarik semula tu...apa2 pun lps habis stok ni tak nak lah makan sardine...better makan sardine fresh
BalasPadamBetul tu. Lepasni kalau nak makan sendiri dan nak betul2 yakin, baik buat sendiri. Lagi puas hati dan hati tenang sebab tak payah nak fikir ada cacing ke tak.
PadamMula berita tersebar dah tak makan sardin dah.. banyak makanan lain lagi, sardin pun harga dah mahal sekarang ni.
BalasPadamSamalah dengan saya. Lepas berita awal tu keluar, terus stop makan sardin tapi tak boleh move on lagi sebab geli. Gatal je rasa badan ni..
Padam