First time nak ke pulau? Mesti excited kan?
Kali pertama sy ke pulau pd 2012, honeymoon di Pulau Redang. Kali kedua tahun 2014 ke Pulau Langkawi untuk celebrate anniversary ke2. In shaa Allah tahun depan nak tukar mood..try naek gunung pulak. Di sini sy kongsikan beberapa perkara yg perlu diambil perhatian sebelum bercuti ke pulau..
Persiapan masa packing baju
- Tak payah bawak baju banyak sgt, sbb kat pulau nnt mst nak beli baju sbg souvenier utk diri sendiri jugak kan..
- Kalau pulau yg nak pergi tu bnyk buat aktiviti masuk laut mcm snorkel atau mandi manda, bawaklah bnyk baju untuk mandi..seeloknya yg berwarna gelap. Kalau nak pi Pulau Langkawi, bawak byk baju jalan2 pun takper sbb kat sana mst banyak nak bershopping dan berjalan.
- Kalau pergi pulau ikut tour guide, pastikan jadual aktiviti diprint out dan bawak sekali. Senang nak follow supaya tak terlepas aktiviti.
- Bawak sunscreen dan lotion badan. Sunscreen dgn SPF>30 dan waterproof adalah terbaek..lepas mandi sapu lotion pelembap badan utk elakkan dehidrat.
- Bagi yg ada masalah cepat pening time naek feri, dicadangkan bawak ubat tahan muntah atau asam. Boleh makan sebelum naek feri.
- Selipar jepun, rayban atau topi halang panas boleh bawak. Kalau nak beli kat pulau pun boleh sbg kenangan.
- Kalau budget shopping dlm RM2000, bawak bnyk tu jer..jgn bawak lebih sbb takut tak dpt nak kawal nafsu masa shopping.
- Pastikan tiket feri, bot, parking atau bilik dah simpan dlm wallet.
- Basic things macam berus gigi, sikat dan etc.
Rasanya tu jer dulu kot buat masa ni..semoga cuti anda awesome macam cuti kami yer :)
0 Ulasan