Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai Terengganu


Pernah makan di restoran bawah jambatan Kuala Ibai Terengganu tak?
Sebenarnya lepas balik dari >> Pantai Pandak Cherating Terengganu tu, kami plan nak makan celup tepung di warung berhampiran. Tapi bila dah beratur, tengok yang ada cuma ikan. Yang lain semua dah habis. So kami terus pergi ke salah satu kedai feveret iaitu di restoran bawah jambatan Kuala Ibai. Kami panggil restoran bawah jambatan je pasal kedai ni lokasinya memang berada bawah jambatan.


Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai Terengganu


Kedai ni satu-satunya kedai yang saya jumpa tak timbang ikan bersama perut, sebab awal-awal ikan dah disiang dan dibuang perut kemudian barulah ditimbang. Selain itu tiap kali order celup tepung memang tepung nya tu tak pernah sikit, banyak sentiasa. Memang tak kedekut tepung tuan kedai ni.


Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai Terengganu


Kami order ikan siakap bakar berempah, sotong celup tepung dan sayur campur. Total semua termasuk nasi putih, air barli dan air tembikai adalah RM60. Tapi saiz hidangan untuk ikan dan sotong tu memang besar, sesuai untuk 4 dewasa makan. Disebabkan tak dapat nak habiskan lauk maka terpaksa tapau untuk elakkan pembaziran (padahal malas nak masak kat rumah nanti). Tiap kali datang makan di sini, memang jaranglah tak tapau.


Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai Terengganu


Selain tu, di kedai ni ada seat tepi sungai. Sebelum ni takde, agaknya area seat tepi sungai ni baru siap buat. Tapi seat terhad. Nasib kami baik dapat meja betul-betul hujung tepi sungai, sambil makan boleh usha-usha pemandangan. Sebelum ni asyik makan di bahagian dalam je.


Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai Terengganu


Sambil makan siap boleh tengok orang mandi-manda dan naik sampan lagi. Kalau bernasib baik boleh tengok orang cari ketam dalam sungai.


Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai Terengganu


Pemandangan tepi sungai memang damai dan tenang je. Alang-alang kalau datang ke Pantai Pandak, boleh singgah makan di sini ye. Harga makanannya pun berbaloi dan sedap, kena dengan tekak saya. Kalau nak jalan-jalan di Masjid Terapung dan Terengganu Equestrian Resort pun boleh, dekat sangat dah dengan restoran ni.

Yang dah plan nak datang Terengganu tu, jangan lupa singgah di restoran bawah jambatan Kuala Ibai tau.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. dapnyeeeeeeeeeeee. lapo pulak. ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahha..bukan baru lepas makan roti tempayan ke tadi? Lapar lagi eh? Haha..

      Padam
  2. Hana dan kawan2 memang plan nak ke terengganu sebab nak buat jejak kasih dengan ustaz kesayangan kitaorang T^T tapi entah bila jadinya huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada masa datang gtau ye, nanti boleh kita jumpa sembang-sembang :)

      Padam
    2. Orait kak! Hahah ^^ nanti Hana roger2 tau! Inshaallah kalau jadi heheh :3

      Padam
  3. suka sangat restoran dekat laut ni. sambil makan sambil enjoy tengok view. Cantik pulak tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..dah abes makan baru perasan pinggan dah kosong, selera betui makan pasal view cantik sangat

      Padam
  4. wow...cantik la tempat nie..

    makan ditempat yang cantik boleh menambah selera makan

    BalasPadam
  5. Alahai. Baca entry ni waktu lunch pulak. Memang lapar la jawabnya hehe. Nice view sightseeing dia. I like it hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Haha..sorry la Ika baca time lunch pulak. Aisey..

      Padam
  6. terbaek ni.. sambil makan sambil tgk pemandangan indah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..memang cantik view dia. Tapi ada bau sungai jugakla sekali sekala datang menerpa hidung..huhu

      Padam
  7. Cantiknya.. Kalau ada rezeki ke Terengganu lagi, bolehlah singgah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh roger saya jugak, nnt boleh jumpa sama-sama

      Padam
  8. depan tu sikit rumah makcik ana. beberapa kali makan dekat sini. mmg puas hati. murah dan fresh seafood dia.

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail